awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Aziz Shamsuddin selamat dikebumikan

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2020
04:57 MYT
Jenazah Aziz Shamsuddin selamat dikebumikan
Jenazah bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gunung Mesah hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR:Jenazah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gunung Mesah di Gopeng, Perak, pada kira-kira jam 9.20 pagi ini.
Menurut anak sulung Allahyarham, Mohd Nazasli, 52 tahun, bapanya menghidap sakit jantung, meninggal dunia di Pusat Perubatan Ara Damansara, Selangor, malam tadi, di sisi keluarga.
"Allahyarham telah dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak lima minggu lalu selepas membuat pemeriksaan kesihatan," katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan hari ini, menurut laporan Bernama.
Jenazah tiba di Gopeng pada 8.30 pagi selepas dimandi dan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail di ibu negara selepas solat Subuh.
BACA: Tan Sri Aziz Shamsuddin meninggal dunia
Menceritakan mengenai keperibadian arwah, Mohd Nazasli berkata, arwah bapanya merupakan seorang yang ringkas dan berhati rakyat.
Allahyarham Abdul Aziz yang pernah berkhidmat sebagai guru, meninggalkan isteri Puan Sri Rosmawati Abdul Ghaffar, dua anak lelaki serta dua anak perempuan.
Majlis pengebumian turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Perak Saiful Adli Mohd Arshad, yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Orang Besar Jajahan Kampar, Toh Sedewa Raja Datuk Abdul Talib Abd Fahmi.
Abdul Aziz yang merupakan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mula berkecimpung dalam arena politik setelah menyertai UMNO di Cawangan Pelabuhan Kelang pada 1969.
Allahyarham merupakan bekas Ahli Parlimen Shah Alam dari 2004 hingga 2008.
Sebelum itu, pada 1975, beliau dilantik sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelajaran ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allahyarham menyambung perkhidmatan sebagai Setiausaha Sulit dari 1981 hingga 1999, dengan Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri keempat ketika itu.
Abdul Aziz yang sebelum ini bergiat aktif dalam MPM dan pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundingan MPM juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#jenazah
#Bersatu
#Abdul Aziz Shamsuddin
#kebumi
#tanah perkuburan
#Gopeng
#Gunung Mesah
#bekas menteri
#sakit jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan