awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Dr Wan Zawawi selamat dikebumi

Bernama
Bernama
18/05/2022
09:52 MYT
Jenazah Dr Wan Zawawi selamat dikebumi
Wan Hameerudin Wan Zawawi, anak kepada Ahli akademik dan aktivis sosial allahyarham Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim, 75, menyiram air mawar di pusara ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jenazah ahli akademik dan aktivis sosial Prof Dr Wan Zawawi Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini, pada kira-kira 2.17 petang tadi.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di sini dengan diimamkan oleh anak Allahyarham, Wan Hameerudin.
Penyanyi Datuk Ramli Sarip juga turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Wan Zawawi, 75, meninggal dunia kira-kira 6.47 pagi tadi akibat serangan jantung, selepas rebah ketika bersiap hendak menunaikan solat subuh di kediamannya di Seksyen 11, Petaling Jaya.
Beliau meninggalkan seorang balu, Noorshah Mohd Salleh dan tiga anak masing-masing dua lelaki dan seorang perempuan.
BACA: Dr Wan Zawawi meninggal dunia
Balu, Noorshah Mohd Salleh kelihatan sebak ketika menghadiri pengebumian Allahyarham suaminya Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim di Tanah Perkuburan Bukit Kiara hari ini. - Foto BERNAMA
Balu, Noorshah Mohd Salleh kelihatan sebak ketika menghadiri pengebumian Allahyarham suaminya Dr Wan Zawawi Wan Ibrahim di Tanah Perkuburan Bukit Kiara hari ini. - Foto BERNAMA
Allahyarham turut mempunyai seorang lagi anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama warga Australia Dr Leslie O'Brien yang kini menetap di Sydney.
Penyunting dan juga rakan baiknya, Gareth Richard berkata beliau mempelopori pengajian kebudayaan di Malaysia serta seorang ahli antropologi yang cemerlang.
"Selain itu, beliau juga banyak mengajar sains sosial kritikal dan seorang pengajar yang banyak memberi inspirasi. Selepas meninggalkan bidang akademik, Wan masih terus menulis dan menyelidik sehingga beberapa minggu lepas," katanya kepada Bernama.
Allahyarham sebelum ini merupakan profesor kanan antropologi di Fakulti Seni dan Sosial Sains di Universiti Brunei Darussalam selama 10 tahun sebelum bersara.
Wan Zawawi juga turut dikenali sebagai komposer dan penyanyi yang banyak terlibat dalam penggubahan lagu-lagu berunsur puisi dan kemanusiaan yang dinyanyikan sama ada beliau sendiri atau artis lain.
Allahyarham merupakan penulis lirik lagu 'Perjalanan Hidup' yang pernah dipopularkan oleh Ramli Sarip.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Wan Zawawi Ibrahim
#meninggal dunia
#dikebumikan
#anah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan