Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, yang terkorban dalam nahas helikopter di utara Pakistan, tiba di Islamabad pada pagi Sabtu.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata jenazah sekarang berada di Hospital Tentera Rawalpindi dan kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Pakistan untuk mempercepatkan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia.
"Kementerian telah mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan usaha membawa pulang jenazah Allahyarham berjalan lancar.
"Kementerian ingin mengucapkan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga mangsa dan akan terus bekerjasama untuk memastikan urusan membawa pulang jenazah Allahyarham berjalan lancar," menurut kenyataan kementerian itu hari ini.
Habibah ialah seorang daripada tujuh individu yang dilaporkan terbunuh dalam nahas helikopter itu di Lembah Naltar di kawasan Gilgit-Baltistan.
Helikopter itu membawa sekumpulan duta asing dan isteri masing-masing untuk menghadiri acara rasmi anjuran kerajaan Pakistan apabila pesawat malang itu terhempas.
Sementara itu, kenyataan itu berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtabar, yang terselamat dalam insiden itu dan hanya cedera ringan, juga telah tiba di Islamabad dan kini menjalani rawatan lanjutan di hospital yang sama.
Bernama
Sat May 09 2015
Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud (tiga dari kiri) tiba di Islamabad pada pagi Sabtu.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
Jenazah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan selamat dikebumikan
Jenazah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Masjid, Parit Yusof Darat, di Muar kira-kira pukul 8.45 pagi.
Nahas helikopter Pakistan: Jenazah Datin Habibah selamat tiba di KLIA
Jenazah isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Pakistan, Allahyarhamah Datin Habibah selamat tiba ke tanahair pada malam Jumaat.
Jenazah Habibah tiba di Islamabad - Wisma Putra
Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, yang terkorban dalam nahas helikopter di utara Pakistan, tiba di Islamabad pada pagi Sabtu.
Anak dijangka tiba di Pakistan bantu cam mayat Habibah
Seorang daripada anak Allahyarham Datin Habibah Mahmud dijangka tiba ke Pakistan hari ini bagi membantu urusan pengecaman mayat ibunya.
Nahas Pakistan: Kerosakan teknikal punca helikopter terhempas
Kerosakan teknikal menjadi punca nahas helikopter pada Jumaat yang meragut nyawa enam orang termasuk isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud.
Isteri duta Malaysia ke Pakistan maut dalam nahas helikopter
Isteri duta Malaysia ke Pakistan adalah antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas ke atas sebuah sekolah.
Nahas helikopter Pakistan: Taliban mengaku bertanggungjawab, sasar Nawaz Sharif
Puak Taliban mengaku bertanggungjawab menembak jatuh helikopter yang menyebabkan enam termasuk isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia maut.