awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis lumpuh sindiket cecair vape kokain sasar pasaran antarabangsa
DUNIA
Gaza terus bermandi darah ketika Israel serang Iran, angka korban kini hampir 56,000
DUNIA
Parlimen Iran akan luluskan rang undang-undang gantung kerjasama dengan IAEA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Jenazah isteri Premier Sarawak selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
23/06/2025
06:57 MYT
Jenazah isteri Premier Sarawak selamat dikebumikan
Wan Junaidi bersama Abang Johari dan orang ramai menunaikan solat jenazah ke atas isteri Premier Sarawak, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang di Masjid Jamek Negeri hari ini. -Foto Bernama
KUCHING: Jenazah Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang, isteri kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Petra Jaya di sini pada 1.52 tengah hari ini.

Ringkasan AI
  • Jenazah Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang, isteri Premier Sarawak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang pada jam 1.52 tengah hari selepas disolatkan di Masjid Jamek Negeri.
  • Upacara penghormatan terakhir dihadiri ahli keluarga, pemimpin negeri dan persekutuan serta orang ramai, termasuk Yang Dipertua Negeri Sarawak dan barisan wakil rakyat.
  • Allahyarham, yang meninggal dunia pada usia 76 tahun, dikenang sebagai tokoh wanita berdedikasi dan penyumbang aktif dalam kerja kebajikan serta kemasyarakatan di Sarawak.

Terdahulu, jenazah Juma'ani disolatkan di Masjid Jamek Negeri dipimpin Imam Besar Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dan dihadiri ahli keluarga, pemimpin negeir dan persekutuan serta orang ramai.
Sejurus selesai disolatkan, jenazah Juma'ani dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini untuk dikebumikan.
Turut mengiringi jenazah, Abang Johari bersama dua anaknya Abang Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan, cucu serta ahli keluarga terdekat.
Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir di Masjid Jamek Negeri ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta barisan wakil rakyat Sarawak.
Juma'ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini.
Allahyarham merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.
Beliau dikenang sebagai seorang tokoh wanita yang berdedikasi, rendah hati dan banyak menyumbang dalam kerja kebajikan serta kemasyarakatan di Bumi Kenyalang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Juma'ani Tuanku Bujang
#isteri Premier Sarawak
#selamat dikebumikan
#Tanah Perkuburan Islam Samariang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami