awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Jaafar Onn dikebumi selepas maghrib

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
03/04/2024
10:57 MYT
Jenazah Jaafar Onn dikebumi selepas maghrib
Ahli keluarga memenuhi ruang kediaman bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu. - Gambar/ Astro AWANI
MUAR: Jenazah Allahyarham Jaafar Onn dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kampung Tanjung Gading, di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.
Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas maghrib di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Gading yang terletak kira-kira 500 meter dari kediaman keluarganya itu.
Kira-kira 50 anggota keluarga memenuhi ruang kediaman bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang juga anak bongsu daripada tiga beradik itu.
Allahyarham Jaafar Onn tak lokek kongsi ilmu, rezeki - Haiza
BACA: Allahyarham Jaafar Onn meninggal ketika prosedur endoskopi - Anak angkat
Jenazah Allahyarham terdahulu dibawa keluar dari Hospital Sultan Idris Shah Serdang kira-kira pukul 3.15 petang tadi dengan menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Pengurusan Jenazah Fastabiqul Qhairat.
Ahli keluarga dan sahabat handai kemudian menjalankan solat jenazah dan tahlil ringkas sebelum jenazah dibawa ke Masjid Jamek Al-Firdausi Tanjung Gading.
Terdahulu, Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Pelakon, pelawak dan pengacara veteran itu ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat pendarahan semasa membuang air besar.
Topic Berkaitan
#Jaafar Onn
#meninggal dunia
#kebumi
#Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan