awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Kapten Mohamad Affendi disemadikan di Muadzam Shah, Pahang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
17/11/2021
08:27 MYT
Jenazah Kapten Mohamad Affendi disemadikan di Muadzam Shah, Pahang
Jenazah Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang selesai dibedah siasat dibawa keluar dari Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Muadzam Shah, Pahang. - Gambar Astro AWANI
BUTTERWORTH: Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang selesai dibedah siasat sekitar pukul 2 petang tadi di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini akan dikebumikan di Muadzam Shah, Pahang hari ini.
Sebaik selesai proses bedah siasat, jenazah Allahyarham dibawa ke Pangkalan Udara Butterworth untuk disolatkan sebelum diterbangkan ke Pahang bagi urusan pengebumian.
Sebelum itu, proses pengecaman jenazah dilakukan oleh isteri Mohamad Affendi, Nurul Izati Shari serta adik Allahyarham yang hanya dikenali sebagai Nur di HSJ.
Menurut Nur, abangnya yang bertugas di Labuan ketika kejadian sedang menjalani latihan penerbangan di Pangkalan Udara Butterworth.
"Abang dan isterinya tinggal di Labuan (dan) semasa kejadian kakak ipar berada di Kelantan kerana sedang bercuti.
''Selepas menerima perkhabaran duka dari pihak TUDM, saya dan kakak ipar terus datang ke sini" katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik HSJ, pada Rabu.
[LAPOR LANGSUNG] Tragedi Hawk: Pesawat pejuang TUDM terhempas
Nur berkata arwah abangnya berusia 31 tahun anak sulung daripada tiga beradik disifatkan seorang yang sangat bertanggungjawab dan baik kepada keluarga.
Nur berkata, kakak iparnya masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Dalam kejadian pukul 10.07 malam tadi, sebuah pesawat Hawk 108 milik TUDM terhempas ketika dua juruterbangnya mengadakan sesi latihan penerbangan malam.
Insiden itu menyebabkan Mohamad Affendi maut manakala rakannya, Mejar Mohd Fareez Omar,33 cedera dan kini menerima rawatan di HSJ dengan keadaannya dilaporkan dalam keadaan selamat dan stabil.
Topic Berkaitan
#pesawat Hawk 108 terhempas
#Kapten Mohamad Affendi Bustamy
#TUDM
#Pangkalan Udara Butterworth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan