KUALA LUMPUR : Jenazah legenda bola sepak negara era 1970-an, Khalid Ali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4 Lembah Keramat selepas solat Isyak, Selasa malam.

Allahyarham yang berusia 66 tahun sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid As-Sobirin AU5D Lembah Keramat.

Khalid  menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 3.05 petang tadi.

Turut mengiringi perjalanan akhir Allahyarham ialah kenalan, sanak saudara serta ahli keluarga.

Sebelum ini, Khalid Ali menerima rawatan di pusat perubatan terbabit selepas mengalami sesak nafas dan keadaan kesihatan kurang memuaskan.

Bekas pemain kebangsaan itu telah disahkan menghidap kanser tahap empat sehingga mendapat perhatian perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanannya.

Bekas pemain Selangor itu pernah menyarung jersi skuad kebangsaan dari tahun 1977 hingga 1985 yang mana pencapaian terbaiknya membantu skuad Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.