awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan - Fadhlina
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah lima beranak rentung dikebumi dalam satu liang lahad

Bernama
Bernama
17/02/2025
15:58 MYT
Jenazah lima beranak rentung dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah lima beranak termasuk wanita hamil lima bulan yang rentung dalam insiden kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, di sini, awal pagi Khamis lalu, selamat dituntut keluarga pada malam Isnin. - Gambar Sinar Harian
JASIN: Hujan renyai mengiringi pengebumian jenazah lima beranak yang maut dalam kebakaran rumah di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini pada Khamis lepas.
Jenazah Laila Fathinah Mustapa, 37, yang hamil lima bulan dan empat anaknya Nur Damia Batrisyia Abdullah, 13, Izz Daffa Hafizuddin, 7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4, dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Haji Johari Bakar pada 10.45 malam di sini hari ini.
Kira-kira 1,000 penduduk kampung hadir pada pengebumian itu.
Bapa kepada empat kanak-kanak malang itu, Muhammad Khairuddin Sa'ari, 35, dilihat dipapah oleh dua penduduk kampung ketika tiba di tanah perkuburan berkenaan.
Terdahulu, kenderaan yang membawa jenazah lima sekeluarga itu tiba di Masjid Baitulrahman Kampung Berangan Enam dari Hospital Jasin kira-kira 8 malam dan solat jenazah diimamkan Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Abdul Halim turut membacakan talkin selepas jenazah dikebumikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#solat jenazah
#talkin
#kebakaran
#tanah perkuburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan