awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
Zelenskyy puji ‘idea baharu’ selepas rundingan damai dengan wakil AS
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Mustapha Kamal dijangka dikebumi selepas solat Zohor

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/07/2022
04:10 MYT
Jenazah Mustapha Kamal dijangka dikebumi selepas solat Zohor
Allahyarham yang berusia 73 tahun dilaporkan dimasukkan ke IJN tiga hari lalu selepas mengadu mengalami sakit dada. - Gambar fail
PETALING JAYA: Jenazah tokoh korporat ternama, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, selepas solat Zohor hari ini.
Jenazah Allahyarham dikafan dan disembahyangkan di kediaman beliau di Damansara Perdana, di sini.
Suasana pilu menyelubungi kediaman Allahyarham dengan ratusan ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan Allahyarham hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.
Pengasas syarikat hartanah, MK Land itu meninggal dunia di Institusi Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.45 pagi, Isnin akibat sakit tua.
Allahyarham yang berusia 73 tahun dilaporkan dimasukkan ke IJN tiga hari lalu selepas mengadu mengalami sakit dada.
Beliau meninggalkan isteri Puan Seri Wan Nong Wan Ibrahim, tiga anak perempuan Felina, Datuk Fazwirnna dan Farah Mahami serta seorang anak lelaki Ahmad Khalif dan 15 cucu.
Topic Berkaitan
#Mustapha Kamal Abu Bakar
#meninggal dunia
#MK land
#Institut Jantung Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan