ALOR SETAR:Jenazah Allahyarham Rabitah Hamed, 49, yang maut dalam kemalangan di Griffith, New South Wales di Australia pada 8 Febuari lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Griffith kira-kira jam 12 tengah hari tadi (waktu Malaysia).

Menurut abang ipar Allahyarham Rabitah, Mukhti Mat Jusoh, 58, keluarganya bersyukur penantian selama sepuluh hari untuk pengurusan jenazah telah berakhir.

Katanya, walaupun mereka sekeluarga bersama tiga anak Allahyarham tidak dapat bersama ketika pengebumian di Australia namun mereka sekeluarga dapat menyaksikan pengebumian secara langsung yang dibuat sahabat arwah.

Mukhti memaklumkan mereka sekeluarga akan meneruskan kenduri tahlil untuk arwah di masjid dan surau di tempat sehingga hari ke-14.

Jelas Mukhti dia akan menunaikan amanah Allahyarham untuk menjaga ketiga-tiga anak Arwah, Rushaniena Izani, 26, Ridwana Ardini, 19, dan Rafiq Afif Rusman, 14.

Beliau sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menghulurkan derma bagi menampung kos pengebumian jenazah.

Dalam kejadian 8 Febuari lalu, Rabitah maut selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai cuba mengelak haiwan yang melintas di daerah Griffith. 

Rabitah

BACA: Keluarga mohon bantuan tampung kos bawa pulang jenazah Rabitah dari Australia



Rabitah maut di tempat kejadian selepas terpelanting keluar dari kereta dipandunya lalu terjatuh di dalam tali air berdekatan.