awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena

Sinar Harian
Sinar Harian
25/05/2024
02:40 MYT
Jenazah Sarjan Faridah selamat dikebumikan di Pokok Sena
Jenazah Faridah dibawa ke tanah perkuburan mengikut adat istiadat ketenteraan. - Foto Sinar Harian
POKOK SENA: Jenazah anggota Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, Allahyarham Sarjan Faridah Abd Rahman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar Kampung Tengah, mukim Tualang di sini hari ini.
Jenazah Allahyarham Faridah, 39, tiba di tanah perkuburan itu pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.
Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan serta penduduk tempatan turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Solat jenazah diimamkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Brigedier Jeneral Mohd Hamzah Adam pada jam 9.30 pagi.
Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohd Akmar Mohd Dom turut mengiringi serta memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Faridah.
Suasana pilu mengiringi pengebumian Allahyarham Faridah apabila empat anaknya iaitu Nurul Syifa Noor Azmi, 13; Muhammad Afnan Noor Azmi, 10; Nurul Jannah Noor Azmi, 7, yang juga orang kurang upaya (OKU) sindrom Down dan Ainul Mardiah Noor Azmi, 4, diberi peluang menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir.
Jenazah Faridah disolatkan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar Kampung Tengah, mukim Tualang, Pokok Sena, hari ini. - Foto Sinar Harian
Jenazah Faridah disolatkan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar Kampung Tengah, mukim Tualang, Pokok Sena, hari ini. - Foto Sinar Harian
Jenazah Faridah dikebumikan berhampiran pusara adiknya, Muhammad Farihan yang meninggal dunia pada 2013 akibat penyakit asma.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar, Kepala Batas pada jam 8.10 pagi sebelum dibawa ke masjid untuk solat jenazah.
Terdahulu, jenazah Faridah selamat diterbangkan ke Pendang, Kedah menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira jam 7.04 pagi.
Jenazah beliau sebelum itu tiba di Pangkalan Udara Subang jam 4.56 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jenazah disembahyangkan di Surau Al-Muhajirin, Pangkalan Udara Subang selepas selesai solat Subuh.
Jenazah Faridah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar Kampung Tengah, mukim Tualang. - Foto Sinar Harian
Jenazah Faridah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Anwar Kampung Tengah, mukim Tualang. - Foto Sinar Harian
Jenazah Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam itu disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir sebelum diterbangkan ke Pendang, Kedah menggunakan pesawat TUDM C-130H Hercules
Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohd Akmar Mohd Dom dan Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim turut bersama-sama menunaikan solat jenazah serta memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Faridah.
Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.
Keputusan awal bedah siasat diperoleh pada 20 Mei lalu mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat cardiopulmonary arrest due to myocardial ischemia/thrombosis atau serangan sakit jantung. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sarjan Faridah
#MALBATT 850-11
#UNIFIL
#kebumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan