Skip to main content

Malaysia

Jenazah tiga beranak kemalangan di Tioman selamat dikebumikan di Muar

MUAR, 22 Mac -- Imam Surau Ar-Rahman, Fadli Abdullah (duduk) membacakan talkin setelah ketiga-tiga jenazah tiga beranak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini, tengah malam tadi.  Dalam kejadian kira-kira 4 petang Jumaat, motosikal ditunggangi tiga sekeluarga iaitu Mohd Sabri Ja'afar, 42, isterinya Siti Aisyah Suhaime, 32, dan anak lelaki mereka, Muhammad Yusuf Abdurrahman Mohd Sabri, 5, dipercayai dalam perjalanan dari arah air terjun Kamoung Juara menghala ke sebuah resort penginapan
Imam Surau Ar-Rahman, Fadli Abdullah (duduk) membacakan talkin setelah ketiga-tiga jenazah tiga beranak dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, malam tadi. - Foto BERNAMA

MUAR: Tiga sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan motosikal di Jalan Tekek-Juara, Pulau Tioman, Pahang pada Jumaat lepas, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di sini 12.15 tengah malam tadi.

Van membawa jenazah Mohd Sabri Ja'afar, 42,  isterinya Siti Aisyah Suhaime, 32, dan anak lelaki mereka, Muhammad Yusuf Abdurrahman Mohd Sabri, 5, tiba di Surau Ar-Rahman, Bakri di sini, kira-kira 10.45 malam sebelum disolatkan jemaah surau dan ahli keluarga yang hadir.

Advertisement

Dalam kejadian kira-kira 4 petang Jumaat, motosikal ditunggangi tiga sekeluarga itu dipercayai dalam perjalanan dari arah air terjun Kamoung Juara menghala ke sebuah resort penginapan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi dilaporkan berkata Mohd Sabri yang juga Pegawai Khidmat Pelanggan di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala isteri dan anaknya pula meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Tekek dengan kecederaan sama.

Beliau berkata lokasi kejadian merupakan kawasan jalan curam berbukit dan tidak rata.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video