Jenazah Dzulkarnain Kamaruzzaman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di Ipoh, malam tadi.
Dzulkarnain, 64 serta isteri Jamnah Ibrahim, 56 dan anak mereka, Nor Juliana, 17 maut setelah kereta yang dinaiki mereka dihempap struktur papan tanda yang jatuh selepas dirempuh oleh sebuah lori yang terbabas di KM 339.6 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Tanjung Malim sekitar 6.35 pagi Sabtu.
Pengkebumian yang diadakan selepas solat Maghrib dihadiri kaum keluarga dan sahabat rapat keluarga.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt. R. Supramaniam dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kemalangan itu berlaku apabila sebuah lori kontena yang menuju ke Ipoh merempuh bahagian belakang sebuah lori.
Akibat rempuhan itu, lori kontena berkenaan terbabas, lalu terbalik dan melanggar struktur tiang papan tanda.
Kemalangan itu menyebabkan struktur papan tanda tersebut tumbang dan menghempap sebuah kereta Mercedes yang sedang berada di lorong tengah.
Kemalangan tersebut turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh dua kilometer.
Dzulkarnain meninggalkan tiga anak bersama isteri pertama, Jamnah dan lima anak dengan isteri keduanya, Rozita.
Astro Awani
Sun Oct 11 2015

Anak-anak Allahyarham Dzulkarnain Kamaruzzaman menabur bunga mawar di pusara bapa mereka setelah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya selepas solat Maghrib , pada Sabtu. - Gambar Bernama

Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.
Niaga AWANI: Pemeteraian perjanjian antara pengendali rangkaian dengan DNB
Kita bersama Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, penganalisis keselamatan dan politik, pusat pengajian perang saraf media dan informasi UiTM bagi perincian.
Tahap penerimagunaan 5G capai 10.3 peratus setakat hujung Oktober
KKD akan terus memantau pelaksanaan rangkaian 5G supaya tidak akan masalah yang berbangkit.
Pantau Agenda Reformasi: Sejauh mana kesedaran mengenai AIDS di Malaysia?
Exco Majlis AIDS Malaysia, Dr Dinesh Mahalingam membincangkan mengenai stigma pesakit AIDS di Malaysia dan sejauh mana kesedaran mengenai AIDS di negara ini.
KKD pastikan tiada gangguan perkhidmatan kepada pengguna 5G sedia ada
Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) bersetuju caj harga borong bagi rangkaian 5G tidak akan bertambah dengan adanya rangkaian kedua.

Israel kembali serang Gaza, orang awam antara yang cedera
Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.
Hanya Kelantan masih terjejas banjir
Hanya Kelantan masih terjejas banjir sehingga jam 7 pagi Jumaat dengan seramai 795 mangsa ditempatkan di 4 PPS yang masih aktif. 2 PPS terakhir di Terengganu ditutup pada Khamis malam.
[TERKINI] Sesi pengumuman khas 5G
Ikuti sesi pengumuman khas 5G oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang diadakan di Tun Razak Exchange, TRX, Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Kes SRC: Najib mohon lepas tanpa bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jenazah tiga sekeluarga maut dalam nahas dekat Tanjung Malim selamat dikebumikan
Jenazah Dzulkarnain Kamaruzzaman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh, malam tadi.