Skip to main content

Malaysia

Jenazah Tun Abdul Hamid selamat dikebumikan

TUN ABDUL HAMID
Jenazah Allahyarham dikebumikan pada jam 5.50 petang.

PUTRAJAYA: Jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putrajaya hari ini.

Jenazah dikebumikan pada jam 5.50 petang selepas solat jenazah yang diketuai oleh Imam Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Rafuwan Putra Affandi.

Advertisement

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hadir pada jam 4.50 petang di Musolla Taman Selatan, Presint 20 bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Antara yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan Tun Zaki Azmi; Pro-Canselor Univerisiti Malaya, Tan Sri Mohd Annuar Zaini; bekas Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah pusara bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua di samping isterinya Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan anak-anak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) tengah hari tadi.

Difahamkan, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu.

Must Watch Video