KEPALA BATAS: Jenazah wartawan hiburan popular era 80-an hingga 90-an, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat daerah Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, di sini malam ini.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Abdullah Fahim untuk dimandi dan dikafankan diikuti solat jenazah selepas solat isyak, sebelum dikebumikan pada kira-kira 9.45 malam.
Solat Jenazah diimamkan oleh Imam Masjid Abdullah Fahim, Muhammad Izzat Matjidi yang turut disertai kira-kira 200 jemaah dan ahli keluarga.
Allahyarham meninggal dunia di rumah abangnya di Bertam Perdana, di sini pada 6.10 petang tadi akibat kanser usus tahap empat yang didiagnos sejak Mac lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin yang juga adik Huzz berkata abangnya mula tidak sihat sejak November tahun lepas namun tidak menyangka Allahyarham menghidap kanser usus.
"Waktu itu berat badan arwah memang turun banyak dan mendadak, dia sangka (berat turun) kerana kencing manis kerana Allahyarham memang ada sakit kencing manis, namun pada Mac ketika tinggal bersama adik perempuan saya, arwah terjatuh di rumah.
"Kami bawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan setelah pemeriksaan lanjut, arwah didiagnos menghidap kanser usus tahap tiga namun dalam masa singkat sudah tahap empat. Doktor pakar yang merawatnya tidak bercadang untuk menjalankan rawatan kemioterapi kerana keadaan badannya yang lemah," katanya.
Nur-ul Afida berkata selepas dibenarkan keluar dari HKL, Huzz minta untuk tinggal dengan abangnya Kamal Hisham di Bertam Perdana, di sini kerana isteri serta anak lelaki Kamal adalah doktor dan Allahyarham percaya penjagaan terhadapnya dapat dibuat dengan lebih baik.
Katanya semasa berada di Bertam Perdana pada 31 Mei lepas, pihak Hospis Pulau Pinang ada datang menziarah dan membuat pemantauan ke atas abangnya dan Allahyarham juga memilih untuk berada di sini kerana mahu berehat serta berada lebih dekat dengan keluarga.
"Antara rancangan dia, arwah nak beraya Aidiladha dengan semua ahli keluarga di sini dan kami juga memang merancang begitu kerana ketika Aidilfitri lepas, Allahyarham berada di HKL dan nampaknya hasrat itu tidak kesampaian.
"Namun, kami semua bersyukur kerana arwah pergi dengan tenang dan mudah, malah selepas kematian urusan pengebumian berjalan lancar, kami adik-beradik dan ibu rasa bersyukur kerana dapat tunaikan hasrat arwah yang mahukan kami semua ada di sisinya sejak dari semalam. Sempat berborak walaupun ringkas tapi dia tahu kami ada dengannya," katanya.
Nur-ul Afida berkata pada sebelah pagi hari ini, mereka termasuk Huzz telah berbincang untuk mengadakan kenduri doa selamat di rumah abang mereka malah arwah mahu kenduri itu dilangsungkan dengan menggunakan wang sumbangan daripada beberapa pihak dan rakan-rakannya.
"Tapi apakan daya, kenduri itu menjadi kenduri arwah untuk Allahyarham, kami semua terutama mak memang sedih namun reda...mak nampaknya berpuas hati kerana dapat bersama-sama dia hingga saat akhir petang tadi," katanya yang beberapa kali menahan sebak kerana sedih dengan kehilangan abangnya yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik itu.
Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan gosip Sensasi Huzz dalam sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.
Allahyarham juga merupakan penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024
Jenazah wartawan hiburan popular era 80-an hingga 90-an, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat daerah Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, malam ini. - BERNAMA
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Ibu wartawan hiburan Huzz layak terima faedah Perkeso
Ibu kepada wartawan hiburan, Huzz yang meninggal dunia pada 8 Jun lepas, layak menerima dua faedah daripada Perkeso.
Jasa dan kebaikan Huzz kekal terpahat dalam industri hiburan
Dunia kewartawanan hiburan kehilangan sebutir permata yang mewarnai industri seni tempatan.
Jenazah wartawan hiburan popular Huzz selamat dikebumikan
Jenazah wartawan hiburan popular era 80-an hingga 90-an, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin selamat dikebumikan malam ini.
Juwie minta saya jangan tulis belasungkawa mengenainya - rakan wartawan
Rakan-rakan wartawan bercerita mengenai keperibadian, amanat dan pesanan Allahyarham Abdul Jalil Salleh atau Juwie.
Sharifah Aini, artis yang selalu raikan wartawan - Reaksi wartawan veteran
Allahyarham Datuk Sharifah Aini disebut sebagai artis yang selalu meraikan wartawan malah sentiasa menjemput wartawan ke rumahnya.