awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun ikrar sokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025

Bernama
Bernama
30/10/2024
15:31 MYT
Jepun ikrar sokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Jaminan itu disampaikan semasa panggilan peringkat tinggi antara Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari Jepun Takeshi Iwaya pada Rabu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jepun telah mengikrarkan sokongannya kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekali gus menegaskan komitmen negara itu terhadap kestabilan dan kerjasama serantau.
Jaminan itu disampaikan semasa panggilan peringkat tinggi antara Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari Jepun Takeshi Iwaya pada Rabu.
Kementerian Luar Malaysia dalam satu catatan di laman Facebook rasminya menekankan bahawa kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
"Menteri Luar Iwaya menegaskan semula sokongan Jepun terhadap jawatan pengerusi ASEAN yang akan datang oleh Malaysia pada 2025," katanya.
Selain isu ASEAN, kedua-dua pihak mengesahkan komitmen mereka untuk mengukuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif antara Malaysia dan Jepun, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, serta Dasar Pandang Ke Timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Sokong Malaysia
#pengerusi sean
#Mohamad Hasan
#takeshi iwaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan