awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun mahu sumbang vaksin AstraZeneca kepada Malaysia

Bernama
Bernama
15/06/2021
16:02 MYT
Jepun mahu sumbang vaksin AstraZeneca kepada Malaysia
Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia,vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan, dan akan segera membuat penyelarasan. - Gambar fail/ Reuters
KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun akan menyumbang vaksin AstraZeneca yang dikeluarkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand, umum Menteri Luar Motegi Toshimitsu pada Selasa.
Menurut Kedutaan Jepun di Malaysia, menteri itu berkata vaksin akan dihantar mulai Julai, jika keadaan mengizinkan, dan akan segera membuat penyelarasan.
"Berdasarkan pengumuman Menteri Luar hari ini, Kedutaan Jepun di Malaysia akan terus bekerja sama rapat dengan kerajaan Malaysia untuk menyediakan vaksin kepada rakyat Malaysia.
"Ini bakal menjadi satu lagi lambang persahabatan antara Jepun dan Malaysia," kata kedutaan dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, kerajaan Jepun antara yang menghulurkan bantuan kepada Malaysia untuk menangani pandemik COVID-19 termasuk menyumbang peralatan perubatan bernilai kira-kira US$5 juta pada Januari lalu.
Jepun juga telah menghulurkan bantuan kemanusiaan bernilai kira-kira US$2 juta kepada Malaysia melalui Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR) dan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC).
Bagi ASEAN, Jepun telah mengusulkan penubuhan "Pusat ASEAN untuk Kesihatan Awam dan Penyakit Berjangkit" bertujuan melindungi penduduk di rantau ini dan memberikan sokongan kewangan sebanyak US$50 juta melalui Dana Integrasi Jepun-ASEAN (JAIF).
Topic Berkaitan
#Jepun
#AstraZeneca
#vaksin
#Malaysia
#Indonesia
#Filipina
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan