awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: 239 sekolah di Perak ditutup

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2013
00:01 MYT
Jerebu: 239 sekolah di Perak ditutup
Semua 239 sekolah di Manjung dan Hilir Perak di arah tutup berikutan peningkatan indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan berkenaan.
Sementara kualiti udara mencatatkan bacaan IPU tertinggi dengan bacaan mencecah 333 .
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Perak, Idris Ramli berkata semua sekolah berkenaan ditutup mulai selasa hingga Rabu.
Arahan selanjutnya akan dikeluarkan berdasarkan pemantauan paras jerebu di seluruh negeri.
Sementara itu tinjauan Astro Awani di sekitar Ipoh mendapati orang ramai mula merasai kesan buruk akibat jerebu.
Exco Perak, Nizam Zakaria, menasihatkan masyarakat supaya lebih peka dan mengelakkan diri daripada melakukan aktiviti-aktiviti luaran ketika jerebu.
“Dan itu sebab kerajaan hari ini amat serius melihat perkembangan-perkembangan jerebu. Pada masa yang saya kita juga berusaha untuk membantu dan menyelesaikan masalah ini baik diperingkat negara mahupun diperingkat negara jiran kita di Indonesia oleh kerana ianya telah pun berlaku jadi saya mengharapkan supaya masyarakat peka tentang keadaan diri dan kalau boleh elakkanlah daripada melakukan aktiviti-aktiviti luaran supaya kita dapat menjaga faktor-faktor kesihatan,” katanya.
Selain Manjung, Ipoh mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat, manakala IPU tidak sihat direkodkan di Tanjung Malim dan Taiping.
Topic Berkaitan
#Hilir Perak
#IPU
#jerebu
#manjung
#Perak
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan