Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 32 stesen kekal tidak sihat setakat 6 petang, Serian masih tertinggi

KUCHING, 23 Ogos - Tinjauan di sekitar Kuching tengah hari ini mendapati bandar raya tersebut diselubungi jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 180. Sementara itu, stesen IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi negara di paras 198 setakat 7 pagi tadi manakala lapan kawasan di Malaysia berada pada tahap kualiti udara tidak sihat. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Nilai di Negeri Sembilan meningkat kepada bacaan IPU 163 berbanding 162 pada jam 5 petang. Bacaan itu menyamai Kuching di Sarawak dan menjadikan kedua-dua lokasi antara kawasan kedua paling terjejas di negara ini selepas Serian. -Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 stesen pemantauan di seluruh negara terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 6 petang hari ini, dengan beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Selangor dan Sarawak mencatatkan bacaan tinggi.

Berdasarkan data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai di Negeri Sembilan meningkat kepada bacaan IPU 163 berbanding 162 pada jam 5 petang.

Bacaan itu menyamai Kuching di Sarawak dan menjadikan kedua-dua lokasi antara kawasan paling terjejas selepas Serian.

Serian kekal merekodkan bacaan tertinggi negara pada paras 178.

Di Semenanjung, Putrajaya kekal pada bacaan 162 manakala Johan Setia meningkat kepada 158.

Seremban merekodkan bacaan 157, diikuti Shah Alam (156), Cheras (153) dan Petaling Jaya (150).

Di Sarawak, Samarahan merekodkan bacaan 167 manakala Kuching mencatatkan bacaan 163.

Sri Aman dan Bintulu masing-masing kekal pada bacaan 156 dan 155, sementara ILP Miri meningkat kepada 111.

Di Sabah, Politeknik Kota Kinabalu mencatatkan bacaan 157.

Di Johor, Segamat kekal pada paras 156, manakala Batu Pahat dan Tangkak masing-masing merekodkan bacaan 155.

Di Melaka, Bukit Rambai mencatatkan bacaan 154 manakala Bandaraya Melaka merekodkan bacaan 152.

Sementara itu, Kota Kinabalu di Sabah dan Sarikei di Sarawak berada pada had tertinggi kategori sederhana dengan bacaan 100.

Kangar dan Langkawi terus merekodkan kualiti udara terbaik negara dengan masing-masing mencatatkan bacaan IPU 27.

Orang ramai di kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar yang tidak perlu, memakai pelitup muka yang sesuai serta memastikan pengambilan air yang mencukupi bagi mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan.

Must Watch Video

Advertisement