Ringkasan AI
- Pulau Langkawi mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap Baik iaitu 50, menjadi kawasan pertama dengan status tersebut setakat 6 petang.
- Daripada 68 stesen pemantauan, 28 stesen masih merekodkan bacaan Tidak Sihat, dengan Tangkak, Johor mencatatkan IPU tertinggi pada paras 183.
- Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan sepanjang tempoh jerebu yang masih melanda beberapa kawasan.
KUALA LUMPUR: Pulau Langkawi menjadi kawasan pertama di negara ini yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Baik setakat 6 petang ini, manakala 28 stesen masih mencatatkan bacaan Tidak Sihat.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen pemantauan di Langkawi, Kedah merekodkan bacaan IPU 50, sekali gus berada pada tahap Baik.
Bagaimanapun, jumlah stesen yang berada pada tahap Tidak Sihat kekal 28, dengan Tangkak di Johor terus merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 183, turun satu mata berbanding 184 pada 5 petang.
Tangkak diikuti Pasir Gudang (182), Larkin (179), Segamat (173), Batu Pahat (172), Kota Tinggi (171), Kluang (170) dan Pengerang (170).
Batu Pahat yang merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada sebelah pagi iaitu 190 kini menunjukkan penurunan sebanyak 18 mata.
Di Negeri Sembilan, Seremban merekodkan bacaan 168 berbanding 183 pada sebelah pagi, manakala Nilai dan Port Dickson masing-masing mencatatkan bacaan 165 dan 159.
Di Lembah Klang, Klang menunjukkan penurunan ketara apabila bacaan IPU turun kepada 114 berbanding 132 pada 5 petang. Kawasan lain turut mencatatkan bacaan Tidak Sihat, termasuk Cheras (171), Putrajaya (160), Batu Muda (158), Shah Alam (157), Johan Setia (156) dan Petaling Jaya (154).
Di Pahang, Balok Baru di Kuantan meningkat kepada 157 berbanding 155 pada 5 petang, manakala Indera Mahkota mencatatkan penurunan kepada 127.
Di Sarawak, Kuching merekodkan bacaan 152 manakala Samarahan berada pada paras 94.
Secara keseluruhan, daripada 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara, 28 stesen berada pada tahap Tidak Sihat (101 hingga 200), 39 stesen berada pada tahap Sederhana (51 hingga 100) dan satu stesen merekodkan tahap Baik (0 hingga 50).
Bacaan IPU terendah direkodkan di Langkawi (50), diikuti Tawau, Sabah (56) dan Balik Pulau, Pulau Pinang (57).
Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh jerebu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kawasan pertama di Malaysia yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap Baik setakat 6 petang?
A: Pulau Langkawi merupakan kawasan pertama di Malaysia yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap Baik setakat 6 petang, dengan bacaan IPU 50. - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan yang mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat dan di manakah bacaan tertinggi direkodkan?
A: Sebanyak 28 stesen mencatatkan bacaan IPU Tidak Sihat, dengan bacaan tertinggi direkodkan di Tangkak, Johor pada paras 183. - Q: Apakah klasifikasi bacaan IPU menurut APIMS?
A: Menurut APIMS, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai Tidak Sihat, manakala bacaan antara 51 hingga 100 berada pada tahap Sederhana, dan 0 hingga 50 pada tahap Baik. - Q: Apakah nasihat pihak berkuasa kepada orang ramai semasa tempoh jerebu?
A: Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa sepanjang tempoh jerebu. - Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara dan bagaimana pecahan tahap bacaan IPU?
A: Terdapat 68 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara, dengan 28 stesen pada tahap Tidak Sihat, 39 stesen pada tahap Sederhana, dan satu stesen pada tahap Baik.