Kuching di Sarawak dan Tangkak di Johor merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada tahap tidak sihat kepada sangat tidak sihat iaitu melebihi 201, pagi ini.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga 10 pagi ini, Kuching mencatatkan bacaan 221 manakala Tangkak 206.
Jumlah stesen yang merekodkan bacaan tidak sihat meningkat kepada 32 berbanding 27 pada awal pagi tadi apabila lima stesen di tiga negeri iaitu Pahang, Sabah dan Sarawak yang sebelum ini merekodkan bacaan sederhana meningkat kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.
Enam stesen Sarawak mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Samarahan (195), Sarikei (148), Sri Aman (145), Sibu (144) dan Mukah (106).
Di Selangor, enam kawasan turut mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Johan Setia, Klang (191), Banting (170), Petaling Jaya (161), Shah Alam (155), Klang (152) dan Kuala Selangor (131).
Turut merekod bacaan IPU tidak sihat ialah Temerloh (155), Jerantut (144), Indera Mahkota, Kuantan (122), Balok Baru, Kuantan (115) dan Rompin (112), di Pahang; Segamat (146), Kluang (135) dan Kluang (135) di Johor; Alor Gajah (163), Bukit Rambai (159) dan Bandaraya Melaka di Melaka (153).
Kawasan lain yang turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Port Dickson (177), Nilai (174) dan Seremban (148) di Negeri Sembilan; Tasek Ipoh (129) dan Pegoh Ipoh (114) di Perak; Batu Muda (169) dan Cheras, Kuala Lumpur ( 160) Putrajaya (163) dan Tawau, Sabah (125).
Sementara itu, sebanyak 33 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak mencatat bacaan IPU sederhana.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
Di Perak, tinjauan Bernama di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) mendapati operasi penerbangan tiba dan berlepas berjalan seperti biasa dengan tiada yang dibatalkan setakat ini.
Penerbangan pertama oleh pesawat AirAsia yang membawa penumpang dari Johor Bahru tiba di LTSAS pada kira-kira pukul 9 pagi seperti yang dijadualkan.
Setakat ini, hanya satu penerbangan dijadualkan semula iaitu oleh syarikat penerbangan tambang murah Singapura FlyScoot dari pukul 9.40 pagi kepada 10.45 pagi.
Semalam, Pengurus LTSAS Mohd Ali Osman memaklumkan, semua penerbangan berlepas dibatalkan akibat jerebu yang menyebabkan jarak penglihatan terhad, manakala penerbangan tiba dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Bacaan IPU di Seri Manjung, Lumut yang tidak sihat semalam kini bertambah baik dengan status sederhana iaitu 95 setakat pada pukul 9 pagi ini, selain Taiping (81) dan Tanjung Malim (98).
Sementara itu, di Sabah pula, Tawau merupakan daerah pertama untuk mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 107 iaitu ditahap tidak sihat setakat pukul 6 pagi ini.
Berdasarkan rekod laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), sejak semalam trend bacaan IPU daerah itu terus meningkat dengan IPU pada 7 pagi semalam dicatatkan pada 60 berbanding 106 pada 6 pagi ini.
Dalam pada itu di laman sesawang JAS juga IPU Politeknik Kota Kinabalu ialah 74, diikuti Sandakan (70), Kota Kinabalu (56), Keningau (70) dan Kimanis (53), manakala Wilayah Persekutuan Labuan (63).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 14 2019
Keadaan jerebu di Kuching pada 9 Sept lalu. -Gambar fail
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Migran banjiri 'Mount Street' dipindah ke penempatan baharu
200 buah khemah yang digunakan imigran di bandar Dublin dirampas dan dibersihkan dari pemandangan ibu negara Ireland pada pagi Rabu. Imigran yang berlindung di situ kemudian ditempatkan di pusat yang telah disediakan.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
Jerebu: Klang kekal catat bacaan IPU tidak sihat
Antara kawasan yang menghampiri bacaan IPU tidak sihat seperti di Petaling Jaya (90) dan Banting (89) di Selangor.
Jerebu: Hanya satu kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Klang di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada paras 154.
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Batu Pahat, Larkin catat IPU tidak sihat pagi ini
Dua kawasan di Johor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Dua kawasan catat IPU tidak sihat
Dua kawasan berkenaan ialah Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan IPU 153 dan Larkin, Johor (126).
Tiga kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi, Bukit Rambai di Melaka, mencatatkan bacaan IPU paling tinggi dengan paras 155.
11 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Isnin, Banting di Selangor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 157.
17 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
17 kawasan di Lembah Klang, Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang serta Terengganu mencatatkan bacaan pada paras tidak sihat.
15 kawasan di lima negeri, Lembah Klang catat bacaan IPU tidak sihat
Bukit Rambai di Melaka dan Batu Pahat di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 160.
Tiga kawasan di Johor catat bacaan IPU tidak sihat
Setakat jam 6 pagi Sabtu, Larkin mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 153.