Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Empat kawasan tidak sihat catat peningkatan IPU setakat 1 petang

Sementara itu, 60 stesen pengawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana, dengan beberapa kawasan menghampiri kategori tidak sihat. -Foto Bernama
Sementara itu, 60 stesen pengawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana, dengan beberapa kawasan menghampiri kategori tidak sihat. -Foto Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kualiti udara di Pasir Gudang, Sri Aman, Larkin dan IPD Serian kekal dalam kategori tidak sihat dengan bacaan IPU melebihi 150 setakat 1 petang.
  • Sebanyak 60 stesen pengawasan di seluruh negara merekodkan tahap sederhana, dengan beberapa kawasan hampir memasuki kategori tidak sihat.
  • Orang ramai, terutamanya golongan berisiko, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan pendedahan pencemaran udara.

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di empat kawasan di Johor dan Sarawak yang berada dalam kategori tidak sihat terus menunjukkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat jam 1 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini dengan bacaan 155, meningkat daripada 154 pada tengah hari tadi.

Sri Aman di Sarawak pula kekal pada bacaan 152 sejak pagi.

Larkin di Johor dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak masing-masing merekodkan bacaan IPU 151, meningkat daripada 149 yang dicatatkan sejam sebelumnya.

Sementara itu, 60 stesen pengawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana, dengan beberapa kawasan menghampiri kategori tidak sihat.

Antaranya ialah Samarahan di Sarawak dengan bacaan 96, Kuching (93), manakala Pengerang di Johor dan Bintulu di Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 89.

Batu Pahat di Johor pula merekodkan bacaan IPU 87, diikuti Cheras, Kuala Lumpur (85) dan Sarikei, Sarawak (84).

Bagi kategori baik, jumlah stesen berkurangan kepada tiga berbanding empat sebelum ini selepas Temerloh, Pahang mencatatkan bacaan IPU 52 dan beralih ke kategori sederhana.

Setakat ini, stesen yang masih berada dalam kategori baik ialah Langkawi, Kedah dengan bacaan 46 dan Kangar, Perlis dengan bacaan 41. (Semak semula bacaan Kulim Hi-Tech kerana bacaan 50 tidak selaras dengan kategori Baik yang dinyatakan dalam laporan.)

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.

Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap asma dan penyakit pernafasan kronik, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta memakai pelitup muka bagi mengurangkan pendedahan kepada pencemar udara.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement