Skip to main content

Malaysia

Jerebu: IPU Segamat meningkat kepada 190, kualiti udara 38 stesen kekal membimbangkan

Di Lembah Klang, Putrajaya merekodkan bacaan 175 manakala Cheras mencatatkan bacaan 174. Shah Alam dan Banting masing-masing meningkat kepada 171 dan 170, sementara Johan Setia merekodkan bacaan 178. -Gambar fail/Bernama
Di Lembah Klang, Putrajaya merekodkan bacaan 175 manakala Cheras mencatatkan bacaan 174. Shah Alam dan Banting masing-masing meningkat kepada 171 dan 170, sementara Johan Setia merekodkan bacaan 178. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Segamat, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi negara iaitu 190 setakat 3 petang, menunjukkan kualiti udara kekal membimbangkan.
  • Sebanyak 38 stesen di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan Tidak Sihat, dengan peningkatan di beberapa kawasan Pantai Barat, selatan dan Pantai Timur.
  • Orang ramai, terutamanya golongan berisiko, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mematuhi nasihat kesihatan pihak berkuasa.

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di beberapa kawasan Semenanjung Malaysia kekal membimbangkan apabila Segamat, Johor terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi negara iaitu 190 setakat 3 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 38 stesen terus mencatatkan bacaan dalam kategori Tidak Sihat, dengan beberapa kawasan di Pantai Barat, selatan dan Pantai Timur Semenanjung merekodkan peningkatan bacaan berbanding sejam sebelumnya.

Di Negeri Sembilan, Seremban mencatatkan bacaan 186 manakala Nilai meningkat kepada 185. Port Dickson pula kekal pada bacaan 170.

Di Johor, selain Segamat yang mencatatkan bacaan tertinggi negara, Kluang merekodkan bacaan 181, manakala Pasir Gudang dan Larkin masing-masing mencatatkan bacaan 173 dan 172.

Di Lembah Klang, Putrajaya merekodkan bacaan 175 manakala Cheras mencatatkan bacaan 174. Shah Alam dan Banting masing-masing meningkat kepada 171 dan 170, sementara Johan Setia merekodkan bacaan 178.

Di Melaka, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan bacaan 174, manakala Alor Gajah merekodkan bacaan 170.

Di Pantai Timur, Rompin, Pahang meningkat kepada 178. Di utara Semenanjung, Alor Setar dan Kangar masing-masing mencatatkan bacaan 96 dan 91, manakala Kulim Hi-Tech merekodkan bacaan 96 dan kekal dalam kategori Sederhana.

Sementara itu, kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dalam kategori Sederhana. Kimanis, Sabah terus merekodkan bacaan terendah negara iaitu 55, diikuti Kota Kinabalu pada 57 dan Labuan pada 60.

Di Sarawak, Serian mencatatkan bacaan 97, manakala Kuching dan Samarahan masing-masing merekodkan bacaan antara 91 hingga 92.

Mengikut APIMS, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.

Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Malaysia setakat 3 petang ini? 
    A: Segamat, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 190 setakat 3 petang ini.
  • Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU dalam kategori Tidak Sihat? 
    A: Sebanyak 38 stesen mencatatkan bacaan IPU dalam kategori Tidak Sihat.
  • Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya menurut APIMS? 
    A: Bacaan IPU 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat, dan melebihi 300 berbahaya.
  • Q: Bagaimanakah status kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan? 
    A: Kualiti udara di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dalam kategori Sederhana.
  • Q: Apakah nasihat kepada orang ramai berikutan bacaan IPU yang tidak sihat? 
    A: Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar serta mematuhi nasihat kesihatan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement