Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Kualiti udara merosot, empat kawasan di Sarawak catat bacaan IPU bahaya

SERIAN, 11 Ogos -- Pemandangan berjerebu dirakam di bandar Serian yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandaraya Kuching, hari ini.  Kualiti udara di Serian yang berdekatan dengan sempadan Malaysia-Indonesia semakin meningkat dengan indeks pencemaran udara (IPU) kian menghampiri tahap tidak sihat iaitu 190.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Bacaan IPU di stesen pemantauan IPD Serian mencecah 475, diikuti Samarahan (334), Sri Aman (330) dan Kuching (324). - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUCHING: Situasi jerebu di Sarawak menyaksikan kualiti udara kian merosot dengan empat kawasan dikenal pasti mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap bahaya setakat 9 pagi ini, berbanding tiga semalam. 

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman menjadi lokasi terbaharu dengan bacaan IPU tahap bahaya

Bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 475, diikuti Samarahan (334), Sri Aman (330) dan Kuching (324).

Selain itu, tiga kawasan yang mencatatkan bacaan tahap sangat tidak sihat melibatkan Sarikei, iaitu 271, diikuti Sibu (219) dan Mukah (214).

Kawasan merekodkan bacaan tidak sihat pula, antaranya Samalaju (180), Miri (171), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (169), Kapit (164), Bintulu (161) dan Limbang (159). 

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya.

Data dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement