Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Jerebu: Kualiti udara Sarawak bertambah baik, Besut catat bacaan terbaik negara

KUCHING, 23 Ogos - Tinjauan di sekitar Kuching tengah hari ini mendapati bandar raya tersebut diselubungi jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 180. Sementara itu, stesen IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi negara di paras 198 setakat 7 pagi tadi manakala lapan kawasan di Malaysia berada pada tahap kualiti udara tidak sihat. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Bagi kategori tidak sihat, lapan stesen lain di Sarawak turut menunjukkan trend penurunan kecil, didahului Kuching dengan bacaan 190, diikuti Samarahan (181), Sri Aman (171), Bintulu (163), Samalaju (157), Sibu (157), Sarikei (157) dan Kapit (120). -Foto fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di Sarawak menunjukkan pemulihan berterusan, namun Serian kekal berada dalam kategori sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 204 setakat jam 3 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Serian menurun empat mata berbanding 208 pada jam 2 petang tadi. Bagaimanapun, kawasan itu kekal sebagai satu-satunya lokasi di negara ini yang mencatatkan bacaan melebihi 200.

Bagi kategori tidak sihat, lapan stesen lain di Sarawak turut menunjukkan trend penurunan kecil, didahului Kuching dengan bacaan 190, diikuti Samarahan (181), Sri Aman (171), Bintulu (163), Samalaju (157), Sibu (157), Sarikei (157) dan Kapit (120).

Sementara itu, kualiti udara di Bukit Rambai, Melaka dan Mukah, Sarawak terus bertambah baik dalam kategori sederhana apabila masing-masing merekodkan bacaan 97 dan 92.

Di Lembah Klang, kualiti udara kekal pada tahap sederhana dengan Shah Alam mencatatkan bacaan 84, diikuti Cheras (83), Johan Setia (81), Petaling Jaya (76), Banting (76), Batu Muda (75), Klang (73), Kuala Selangor (68) dan Putrajaya (71).

Beberapa bandar utama lain di seluruh negara turut merekodkan kualiti udara sederhana termasuk Miri (88), Labuan (86), Batu Pahat (86), Politeknik Kota Kinabalu (85), Nilai (83), Pasir Gudang (83), Larkin (82), Seremban (80), Alor Gajah (78) dan Bandaraya Melaka (77).

Dalam pada itu, Besut, Terengganu merekodkan kualiti udara terbaik di negara ini dengan bacaan IPU 21, diikuti 10 stesen lain yang mencatatkan kualiti udara pada tahap baik (IPU 0-50) iaitu Kangar (22), Langkawi (22), Tanah Merah (31), Alor Setar (43), Jerantut (45), Paka (45), Kuala Terengganu (48), Balik Pulau (48), Temerloh (49) dan Minden (49).

Must Watch Video

Advertisement