Orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan memakai penutup muka, bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan susulan keadaan cuaca berjerebu, yang melanda negara ketika ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata selain itu mereka juga dinasihatkan minum banyak air, dan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dalam tempoh ini.
"Keadaan berjerebu berlaku berikutan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia dan kemungkinan hujan lebat di wilayah tersebut dan negara ini adalah rendah dalam tempoh seminggu akan datang.
"Sehubungan itu, potensi negara mengalami cuaca berjerebu rentas sempadan masih tinggi, terutama di barat dan selatan Semenanjung serta barat Sarawak," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata risiko cuaca berjerebu dalam negara masih berpotensi berlaku sehingga berakhir tempoh Monsun Barat Daya dan dijangka bertambah buruk, sekiranya aktiviti kebakaran di negara jiran tidak terkawal.
Maklumat mengenai ramalan cuaca terkini boleh diperoleh di laman web MetMalaysia atau aplikasi myCuaca.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 07 2019
Risiko cuaca berjerebu dalam negara masih berpotensi berlaku sehingga berakhir tempoh Monsun Barat Daya dan dijangka bertambah buruk, sekiranya aktiviti kebakaran di negara jiran tidak terkawal. - Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
OpenAI menjana 100 bilion perkataan sehari
Tidak melampau untuk mengatakan OpenAI mempopularkan penggunaan chatbot kecerdasan buatan (AI) dalam aktiviti harian.
Risiko wanita menghidap vena varikos dua kali ganda berbanding lelaki - IJN
Vena varikos atau salur darah bersimpul merupakan masalah yang sering dihadapi wanita dengan peratusannya dua kali ganda berbanding lelaki.
Ekonomi gig mula dapat perhatian, rakyat terima kehidupan normal baharu
Menurut Pengerusi Eksekutif IGROW, Nordin Abdul Malek, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, orang ramai mula beralih arah kepada pembelian dalam talian.
Jerebu: Kurangkan aktiviti luar, minum banyak air - MetMalaysia
Keadaan berjerebu berlaku berikutan peningkatan bilangan titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.