awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Melaka arah JPBD diaktifkan segera

Bernama
Bernama
21/07/2025
13:55 MYT
Jerebu: Melaka arah JPBD diaktifkan segera
Melaka menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah mengarahkan agar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diaktifkan segera susulan situasi jerebu ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Melaka menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah mengarahkan agar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diaktifkan segera susulan situasi jerebu ketika ini.
Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Ketua Menteri Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan JPBD perlu mengambil tindakan proaktif mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
"Kerajaan Melaka mengambil maklum mengenai situasi jerebu yang melanda beberapa kawasan di negeri ini, dipercayai berpunca daripada jerebu rentas sempadan kesan daripada tiupan angin barat daya," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan setakat 2 petang, tiga lokasi di Melaka menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu Alor Gajah (157), Bukit Rambai (94) dan Bandaraya Melaka (86).
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada serta mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga.
"Golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang menghidap penyakit pernafasan dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar buat sementara waktu.
"Orang ramai juga dinasihatkan tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa pemantauan terhadap situasi tersebut dijalankan secara berterusan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Melaka dengan kerjasama JAS negeri dan Pusat Kawalan Bencana Kebangsaan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Maklumat terkini mengenai bacaan IPU boleh diperoleh melalui https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau memuat turun aplikasi mudah alih MyJAS EQMS di Google Play atau App Store.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jerebu
#Melaka
#JPBN
#JPBD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan