awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu merentas sempadan dari Sumatera jejaskan utara Semenanjung hari ini

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2015
12:37 MYT
Jerebu merentas sempadan dari Sumatera jejaskan utara Semenanjung hari ini
WAN JUNAIDI: Pada masa sama, taburan hujan dijangka berkurangan di seluruh negara disebabkan angin Barat Daya yang bergerak pada kelajuan yang sederhana. - Gambar Fail
Status kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat di beberapa kawasan di utara Semenanjung hari ini disebabkan jerebu merentas sempadan dari Sumatera yang dibawa oleh angin Barat Daya.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, asap dan jerebu tebal akibat pembakaran yang berterusan di Sumatera tengah dan selatan telah meliputi sebahagian pantai barat Semenanjung, terutama di empat negeri di utara Semenanjung.
"Status kualiti udara pada tahap tidak sihat di kawasan-kawasan tersebut adalah disebabkan tiupan angin dari arah Barat Daya masih berlaku yang membawa pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Wan Junaidi berkata, cerapan satelit oleh Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) mendapati 35 titik panas dikesan di Sumatera.
Menurutnya, beberapa kawasan di Sarawak masih lagi mengalami jerebu berikutan asap jerebu tebal dan sederhana dari Kalimantan tengah yang menghala ke barat Sarawak dan timur Sabah.
Beliau berkata, penurunan tahap kualiti udara di utara Semanjung diburukkan lagi dengan Ribut Tropika Koppu dan Ribut Tropika Champi yang masih lagi aktif di Lautan Pasifik.
"Kehadiran kedua-dua sistem tropika siklon ini masih mempengaruhi corak tiupan angin di kawasan serantau negara kita.
"Pada masa sekarang, Ribut Tropika Koppu berada pada kedudukan kira-kira 1,521 km ke arah Timur Laut Kudat, Sabah dan sedang bergerak ke arah Timur-Timur Laut dengan kadar perlahan.
"Ribut Tropika Champi pula yang berada pada kedudukan kira-kira 2,997 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah dan sedang bergerak ke arah Utara-Timur Laut juga dengan kadar perlahan," katanya.
Katanya, pada masa sama, taburan hujan dijangka berkurangan di seluruh negara disebabkan angin Barat Daya yang bergerak pada kelajuan yang sederhana.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Pusat Meteorologi Khas Asean
#Ribut Tropika Champi
#Ribut Tropika Koppu
#Wan Junaidi Wan Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan