Ringkasan AI
- Empat kawasan di Johor dan Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan bacaan IPU melebihi 100 setakat jam 11 pagi ini.
- Pasir Gudang merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 154, diikuti Sri Aman (152), Larkin (135) dan IPD Serian (135).
- Orang ramai dinasihatkan hadkan aktiviti luar, minum air secukupnya dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesihatan.
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di empat kawasan di Johor dan Sarawak kekal pada tahap tidak sihat setakat jam 11 pagi ini apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terus mencatatkan peningkatan.
Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang di Johor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara dengan paras 154, meningkat daripada 153 pada sebelah pagi.
Sri Aman di Sarawak pula mencatatkan bacaan 152, manakala Larkin di Johor dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian di Sarawak masing-masing merekodkan bacaan IPU 135. Bacaan itu meletakkan keempat-empat stesen berkenaan dalam kategori tidak sihat.
Sementara itu, 59 stesen pengawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana, dengan beberapa kawasan menghampiri kategori tidak sihat. Samarahan di Sarawak merekodkan bacaan 93, diikuti Kuching (92), Bintulu (90) dan Cheras, Kuala Lumpur (87).
Pengerang dan Batu Pahat di Johor masing-masing mencatatkan bacaan 86 dan 84, manakala Tawau di Sabah serta Kapit di Sarawak masing-masing merekodkan bacaan 83.
Bagi kategori baik, iaitu bacaan di bawah 50, hanya empat kawasan direkodkan setakat ini. Langkawi di Kedah, Taiping di Perak dan Temerloh di Pahang masing-masing mencatatkan bacaan IPU 48, manakala Kangar di Perlis merekodkan bacaan terendah, iaitu 47.
Klasifikasi IPU ditentukan berdasarkan bacaan antara 0 hingga 50 (baik), 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat), dan melebihi 300 (berbahaya).
Orang ramai, khususnya penduduk di kawasan terjejas, dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar, minum air secukupnya serta memakai pelitup muka yang bersesuaian jika perlu berada di luar bangunan bagi mengurangkan risiko kesan terhadap kesihatan.
Maklumat dan bacaan kualiti udara semasa boleh disemak menerusi portal rasmi APIMS dari semasa ke semasa.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kawasan yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat setakat jam 11 pagi ini?
A: Empat kawasan iaitu Pasir Gudang dan Larkin di Johor, serta Sri Aman dan IPD Serian di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat. - Q: Berapakah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi yang direkodkan dan di mana?
A: Bacaan IPU tertinggi direkodkan di Pasir Gudang, Johor dengan paras 154. - Q: Apakah saranan kepada penduduk di kawasan terjejas akibat kualiti udara tidak sihat?
A: Penduduk dinasihatkan mengehadkan aktiviti luar, minum air secukupnya, dan memakai pelitup muka yang bersesuaian jika perlu berada di luar bangunan. - Q: Bagaimanakah klasifikasi bacaan IPU ditentukan?
A: Bacaan IPU diklasifikasikan sebagai baik (0-50), sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300), dan berbahaya (melebihi 300). - Q: Di mana orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara?
A: Maklumat dan bacaan kualiti udara semasa boleh disemak menerusi portal rasmi APIMS dari semasa ke semasa.