awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Pengusaha taska dinasihatkan kurangkan aktiviti luar - Rohani Karim

Bernama
Bernama
30/09/2015
11:45 MYT
Jerebu: Pengusaha taska dinasihatkan kurangkan aktiviti luar - Rohani Karim
Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak serta sentiasa berada dalam kawasan tertutup berikutan keadaan jerebu yang tidak menentu. - Gambar fail
Pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar berikutan jerebu yang melanda negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata pengusaha-pengusaha taska harus sentiasa memantau keadaan semasa bagi mengelakkan kanak-kanak terdedah kepada jerebu.
"Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak serta sentiasa berada dalam kawasan tertutup berikutan keadaan jerebu yang tidak menentu.
"Ibu bapa juga perlu mengawasi tahap kesihatan anak-anak dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor sekiranya keadaan kesihatan mereka terjejas akibat daripada situasi jerebu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Rohani berkata kementerian juga berharap ibu bapa mengambil langkah proaktif dengan membekalkan anak-anak mereka dengan topeng muka bagi mengurangkan risiko gangguan kesihatan.
Topic Berkaitan
#jerebu
#Rohani Abdul Karim
#taman asuhan kanak-kanak
#taska
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan