awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Presiden Indonesia malu kepada Malaysia

Bernama
Bernama
07/08/2019
06:24 MYT
Jerebu: Presiden Indonesia malu kepada Malaysia
Jerebu yang melanda Malaysia akibat kebakaran di Sumatera dan Kalimantan membuatkan Presiden Joko Widodo berasa malu. - Gambar BERNAMA
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata, beliau malu kepada Malaysia dan Singapura yang turut terjejas jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia.
"Saya kadang-kadang malu. Minggu ini saya mahu ke Malaysia dan Singapura. Tapi, saya tahu minggu kemarin (minggu lepas) sudah jadi 'headline' (tajuk berita), jerebu masuk lagi ke negara tetangga kita. Saya 'check' (semak) jerebu ini apa, ternyata asap," kata Jokowi dipetik media tempatan.
Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Penyelarasan berkaitan Pengendalian Kebakaran Hutan di Istana Negara, semalam.
Jokowi menerusi akaun Instagramnya hari ini pula berkata beliau telah mengarahkan semua pihak berkaitan agar lebih serius menangani kebakaran hutan di negara ini.
Jokowi berkata beliau tidak mahu kejadian kebakaran pada 2015 yang memusnahkan kawasan seluas 2.6 juta hektar di Kalimantan dan Sumatera kembali berulang.
Berdasarkan data yang disiarkan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) Indonesia, lebih 42,000 hektar kawasan hutan dan ladang direkodkan terbakar sejak Januari lepas di republik ini.
Ketika ini, beratus-ratus hektar dilaporkan masih terbakar melibatkan enam wilayah dan beberapa daerah (kabupaten) di seluruh Indonesia.
Jokowi dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dan Singapura pada Khamis dan Jumaat ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#jerebu
#Joko Widodo
#Jokowi
#Jokowi malu pada Malaysia
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan