Ringkasan AI
- Seramai 16 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari ini.
- Seremban merekodkan kualiti udara paling terjejas dengan bacaan IPU 160, diikuti Nilai, Johan Setia, dan beberapa kawasan lain di Lembah Klang.
- Baki 52 stesen pemantauan kualiti udara berada dalam kategori sederhana dan baik, dengan Kemaman mencatatkan bacaan terbaik pada 45.
KUALA LUMPUR: Situasi jerebu negara kekal membimbangkan apabila 16 kawasan di seluruh negara terus mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 12 tengah hari ini.
Seremban di Negeri Sembilan merekodkan kualiti udara paling terjejas di negara ini selepas bacaan IPU meningkat satu mata kepada 160.
Mengikut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Nilai mencatatkan peningkatan satu mata kepada 159, manakala Johan Setia di Selangor menurun satu mata kepada 158 dan Klang kekal pada bacaan yang sama.
Di Selangor dan Lembah Klang, Petaling Jaya dan Banting masing-masing kekal pada bacaan 154 dan 152, manakala Shah Alam menurun satu mata kepada 152.
Di Wilayah Persekutuan, Putrajaya meneruskan penurunan apabila bacaan menurun lima mata kepada 137 berbanding 142 pada jam 11 pagi tadi. Cheras pula mencatatkan bacaan 111 selepas turun satu mata, manakala Batu Muda menurun satu mata kepada 156.
Bagi wilayah selatan, Tangkak di Johor meningkat lima mata kepada 151 berbanding 146 sebelum ini. Di Melaka, Bandaraya Melaka menurun dua mata kepada 126, manakala Alor Gajah meningkat dua mata kepada 118. Bukit Rambai dan Batu Pahat pula kekal pada bacaan 152.
Di Sarawak, Sri Aman menurun satu mata kepada 151, manakala IPD Serian meningkat tiga mata kepada 100 dan kekal dalam kategori sederhana.
Sementara itu, Port Dickson di Negeri Sembilan meningkat dua mata kepada 99 dan hampir memasuki kategori tidak sihat, manakala Kluang di Johor menurun kepada 96.
Secara keseluruhan, baki 52 stesen pemantauan kualiti udara kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) di seluruh negara berada dalam kategori sederhana dan baik, dengan Kemaman di Terengganu terus merekodkan kualiti udara terbaik pada bacaan 45.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 12 tengah hari?
A: Sebanyak 16 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat setakat jam 12 tengah hari. - Q: Kawasan manakah yang merekodkan kualiti udara paling terjejas di Malaysia?
A: Seremban di Negeri Sembilan merekodkan kualiti udara paling terjejas dengan bacaan IPU 160. - Q: Apakah bacaan IPU di beberapa kawasan utama di Selangor dan Lembah Klang?
A: Petaling Jaya mencatatkan bacaan 154, Banting 152, Shah Alam 152, Johan Setia 158, dan Klang kekal pada bacaan yang sama. - Q: Bagaimanakah situasi kualiti udara di Wilayah Persekutuan?
A: Putrajaya mencatatkan bacaan 137, Cheras 111, dan Batu Muda 156, dengan Putrajaya dan Cheras menunjukkan penurunan bacaan IPU. - Q: Apakah status kualiti udara di stesen pemantauan lain di seluruh negara?
A: Baki 52 stesen pemantauan kualiti udara kendalian JAS berada dalam kategori sederhana dan baik, dengan Kemaman di Terengganu merekodkan kualiti udara terbaik pada bacaan 45.