Nampaknya isu jerebu masih belum ada kesudahan. Bermula pagi tadi, rakyat Malaysia kembali resah apabila kualiti udara semakin merosot di bandar raya Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan yang lain.

Kebimbangan itu menjadi kenyataan apabila ramai yang mula berkongsi keadaan di kawasan mereka yang tampak kembali 'berkabus' menjelang tengah hari tadi di media sosial.

Menurut mereka, keadaan jerebu hari ini agak teruk berbanding hari sebelumnya.















Bukan itu sahaja, kesihatan rakyat juga dilihat semakin terjejas.








Ada segelintir yang kecewa kerana terpaksa membatalkan aktiviti-aktiviti mereka berikutan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan.



Sebanyak 13 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras tidak sihat dengan Nilai di Negeri Sembilan paling teruk terjejas iaitu di paras 142 pada jam 11 pagi tadi.

Laman portal Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bahawa Seremban dan Port Dickson masing-masing mencatatkan bacaan 137 dan 112, manakala di Melaka, Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka mencatat bacaan masing-masing 124 dan 127.

Di Selangor, kawasan paling terjejas adalah Pelabuhan Klang dengan IPU 133 manakala Banting, Petaling Jaya dan Shah Alam merekodkan bacaan IPU antara 114 hingga 128.

Bagi Wilayah Persekutuan, bacaan IPU di Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing adalah 102 dan 121, manakala Putrajaya mencatatkan bacaan 119.