Ringkasan AI
- Jumlah kawasan dengan bacaan IPU Tidak Sihat menurun kepada 34 stesen setakat jam 4 petang ini.
- Klang di Selangor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 194, hampir ke kategori Sangat Tidak Sihat.
- Tiada stesen mencatat kualiti udara kategori Baik, manakala 34 stesen berada pada kategori Sederhana setakat petang ini.
KUALA LUMPUR: Jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Tidak Sihat menurun kepada 34 stesen setakat jam 4 petang ini selepas IPD Serian di Sarawak kembali ke kategori Sederhana.
Menurut data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPD Serian mencatat penurunan 10 mata daripada 108 pada jam 3 petang kepada 98.
Bagaimanapun, Sandakan di Sabah merekodkan peningkatan tertinggi dalam tempoh sejam lalu apabila bacaan IPU meningkat lima mata kepada 117. Samarahan pula mencatat penurunan 15 mata kepada 132.
Sementara itu, Klang di Selangor kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 194, hanya tujuh mata lagi sebelum mencapai kategori Sangat Tidak Sihat (201 ke atas).
Johan Setia di Selangor dan Nilai di Negeri Sembilan masing-masing kekal pada bacaan 191.
Di selatan Semenanjung, Pasir Gudang meningkat satu mata kepada 184, manakala Seremban dan Batu Pahat masing-masing mencatat bacaan 182 dan 181. Larkin pula turun kepada 178.
Di Pantai Timur, Kemaman mencatat penurunan tiga mata kepada 143, manakala Temerloh (158), Jerantut (155) dan Rompin (154) kekal berada dalam kategori Tidak Sihat.
Daripada keseluruhan 68 stesen pemantauan di seluruh negara, tiada stesen mencatat kualiti udara pada kategori Baik setakat petang ini.
Sebanyak 34 stesen berada pada kategori Sederhana, dengan Paka dan Besut di Terengganu serta Tawau di Sabah masing-masing merekodkan bacaan tertinggi dalam kategori itu iaitu 96.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai Baik, 51 hingga 100 (Sederhana), 101 hingga 200 (Tidak Sihat), 201 hingga 300 (Sangat Tidak Sihat) dan melebihi 300 (Berbahaya).
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah stesen yang merekodkan bacaan IPU Tidak Sihat setakat jam 4 petang?
A: Sebanyak 34 stesen merekodkan bacaan IPU pada kategori Tidak Sihat setakat jam 4 petang. - Q: Stesen manakah yang mencatat bacaan IPU tertinggi di Malaysia?
A: Klang di Selangor mencatat bacaan IPU tertinggi di negara ini pada 194. - Q: Apakah kategori bacaan IPU dan julat nilainya?
A: Bacaan IPU dikategorikan sebagai Baik (0-50), Sederhana (51-100), Tidak Sihat (101-200), Sangat Tidak Sihat (201-300), dan Berbahaya (melebihi 300). - Q: Adakah mana-mana stesen mencatat kualiti udara kategori Baik setakat petang ini?
A: Tiada stesen mencatat kualiti udara pada kategori Baik setakat petang ini. - Q: Apakah bacaan IPU di beberapa kawasan utama selain Klang?
A: Johan Setia dan Nilai masing-masing mencatat 191, Pasir Gudang 184, Seremban 182, Batu Pahat 181, Larkin 178, Kemaman 143, Temerloh 158, Jerantut 155, dan Rompin 154.