awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeruk limau ada plumbum tidak diimport ke Malaysia

Bernama
Bernama
28/09/2018
21:03 MYT
Jeruk limau ada plumbum tidak diimport ke Malaysia
Sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan meningkatkan pemantauan ke atas semua jenis jeruk buah kering yang diimport dari China di semua pintu masuk negara. - Gambar fail
Jeruk kulit limau keluaran Jiabao Jiuzhi Chenpi dari China yang dikesan mengandungi plumbum tidak diimport ke Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan menerusi data diperolehi dari Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia - FoSIM) dari tahun 2017 sehingga kini mendapati jeruk berkenaan tidak dibawa masuk ke Malaysia.
"Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga kementerian melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah meningkatkan pemantauan ke atas semua jenis jeruk buah kering termasuklah jeruk kulit limau yang diimport dari negara China di semua pintu masuk negara.
"Sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya, tindakan penguatkuasaan akan diambil," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media 26 Sept bertajuk 'Kulit limau jeruk dikesan ada kandungan plumbum', ia melaporkan bahawa kulit limau jeruk keluaran Jiabao Jiuzhi Chenpi dari China yang popular di beberapa negara termasuk Malaysia dan Singapura dikesan dicemari plumbum oleh pihak berkuasa negara China.
Noor Hisham berkata pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akta makanan
#BKKM
#China
#import
#jeruk
#jeruk buah kering
#Jiabao Jiuzhi Chenpi
#Kementerian Kesihatan
#kulit limau
#Malaysia
#Noor Hisham Abdullah
#plumbum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan