awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JHEAINS nafi video tular dakwa jemaah solat Jumaat tidak patuh SOP

Bernama
Bernama
23/01/2021
08:00 MYT
JHEAINS nafi video tular dakwa jemaah solat Jumaat tidak patuh SOP
Mohd Zaidi berkata aktiviti solat Jumaat itu dipantau sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). - Gambar fail
SEREMBAN:Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) hari ini menafikan satu rakaman video tular yang mendakwa jemaah solat Jumaat di Masjid At-Taqwa, Paroi di sini tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Pengarahnya Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata aktiviti solat Jumaat itu dipantau sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan petugas masjid selain para jemaah juga mematuhi SOP seperti membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka dan mematuhi arahan penjarakan fizikal.
"Hanya satu pintu pagar sahaja dibuka untuk laluan masuk ke kawasan masjid dan jawatankuasa masjid juga menyediakan tiga khemah di luar kawasan masjid untuk tujuan melicinkan proses pendaftaran dan mengimbas suhu badan jemaah.
"Jemaah juga tidak dibenarkan meletakkan kenderaan di dalam kawasan masjid berdasarkan SOP yang telah ditetapkan. Oleh sebab itu, terdapat banyak kenderaan kelihatan di bahu jalan," katanya dalam kenyataan.
Semalam, video berdurasi lebih dua minit tular di media sosial susulan perkongsian seorang lelaki yang mendakwa jemaah di masjid berkenaan tidak memakai pelitup muka dan hadir ke masjid dengan kapasiti yang ramai.
Mohd Zaidi berkata jemaah yang dilaporkan hadir semalam hanyalah seramai 900 individu sahaja walaupun kapasiti dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan fizikal adalah sebanyak 1,200 individu, manakala kapasiti sebenar masjid itu tanpa penjarakan fizikal adalah seramai 3,000 jemaah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Solat Jumaat
#Jheains
#Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
#pelitup muka
#Mohd Zaidi Ramli
#SOP
#Masjid At-Taqwa Paroi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan