Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membenarkan bayaran zakat fitrah dibuat di semua masjid di negeri itu, mengikut beberapa syarat yang ditetapkan.
Pengarah JHEAIPP Zulkifli Long berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara yang membenarkan kariah masjid menggunakan kemudahan di rumah ibadat itu walaupun ketika ini semua masjid dan surau diarahkan tutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Bagaimanapun, beliau berkata aktiviti kutipan bayaran zakat itu hanya dibenarkan dilakukan di kawasan parkir kenderaan (berkhemah), bilik kuliah atau dewan seminar, bilik pentadbiran dan bilik lain yang bersesuaian dari 9 pagi hingga 7 malam.
"Amil yang bertugas perlu menentukan hari yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti kutipan. Pihak masjid perlu memastikan dewan solat utama atau ruang solat sentiasa dikunci. Tiada sesiapa pun dibenarkan menunaikan solat di masjid selepas membayar zakat fitrah.
"Semua amil juga perlu mematuhi tatacara khas yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang (ZPP) sepanjang menjalankan aktiviti kutipan zakat fitrah dengan memastikan keselamatan kesihatan diutamakan dan jarakan sosial diamalkan," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Zulkifli berkata selain itu, amil perlu mendapatkan khidmat nasihat dari balai polis berhampiran sekiranya jumlah kehadiran pembayar zakat melebihi 10 orang pada satu-satu masa.
Sebelum ini, media melaporkan cadangan ZPP yang berhasrat mewujudkan kaunter pandu lalu bagi memudahkan urusan pembayaran zakat sekiranya kawasan masjid tidak dapat digunakan.
Ketua Pegawai Eksekutif ZPP Amran Hazali dilaporkan berkata pihaknya turut mencadangkan agar kawasan luas seperti balai raya dan dewan serbaguna digunakan untuk membuat kutipan bayaran zakat jika tempoh PKP dilanjutkan.
Bagaimanapun, ZPP amat menggalakkan orang ramai membayar zakat melalui platfom dalam talian seperti Snap N Pay, JomPay, QR Code Bank Muamalat Malaysia Berhad, perkhidmatan FPX melalui portal www.zakatpenang.com dan perbankan Internet Maybank2u.com.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 25 2020
Amil yang bertugas perlu menentukan hari yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti kutipan. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Khidmat amil zakat di Pahang dibenarkan
Kaedah ini dilaksanakan dengan segera berpandukan SOP yang ditetapkan bagi kemudahan umat Islam di negeri ini.
Zakat Kedah perkenal pembayaran secara pandu lalu
Bayar zakat secara pandu lalu mudahkan masyarakat tunai kewajipan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
JHEAIPP benarkan zakat fitrah dibayar di masjid
Keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara.
Normal Baharu: Tiada amil dilantik, bayar zakat secara dalam talian di Sabah
Tiada sebarang kelulusan dikeluarkan untuk melantik amil bagi tujuan mengutip zakat fitrah tahun ini di Sabah.
Orang ramai diminta berwaspada bayar zakat elak ditipu
Umat Islam di Kedah diingatkan supaya menjelaskan bayaran zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) agar tidak tertipu.