Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan hari ini, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, bertanggungjawab mengatur pertemuan antara Datuk Seri Najib Razak dan Putera Mahkota Abu Dhabi bagi menandatangani perjanjian usahasama bernilai RM18 bilion (US$6 bilion).
Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu, perjanjian antara 1MDB dan anak syarikat International Petroleum Investment Co (IPIC), Aabar Investment PJS (Aabar) itu, dimeterai pada 12 Mac, 2013 di Putrajaya.
Ia ditandatangani bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Datuk Lodin Wok Kamaruddin bersama Pengerusi Aabar, Khadem Al Qubaisi.
Pertemuan dibuat secara sulit hasil peranan dimainkan Jho Low.
Menurut Shahrol Azral, usahasama projek G2G (kerajaan dengan kerajaan) itu telah lama dibincangkan di peringkat tertinggi kedua-dua negara.
“Saya mengambil kesimpulan bahawa usahasama ini adalah arahan dari Najib dan ia adalah melibatkan perhubungan strategik dua hala antara Abu Dhabi dan Malaysia.
"Pihak Ahli Lembaga Pengarah (BOD) bersetuju untuk mengkaji cadangan ini dengan terperinci.
"Bagaimanapun, saya sedia maklum bahawa Jho Low telah merancang dari belakang dan berbincang secara mendalam dengan Najib.
"Ini berdasarkan action plan dan talking point yang telah Jho Low hantar kepada saya. Dari situ, dapat dapat simpulkan bahawa Najib mempunyai pengetahuan tentang segala yang diberitahu oleh Jho Low,” kata Shahrol Azral semasa memberi keterangan pada hari ke-16 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB.
Sehubungan itu, pada 4 Disember, 2012, BOD 1MDB telah membuat kesimpulan bahawa Projek Usahasama 1MDB-Aabar ini adalah arahan daripada Najib dan ia mesti dilakukan dan direalisasikan.
Najib, 66 tahun, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Bekas perdana menteri itu didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Febuari 2011 dan 19 Disember 2014.
Manakala, bagi semua pertuduhan pengubahan wang haram adalah antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013 di lokasi sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Rahimah Abdullah
Tue Oct 01 2019
Shahrol Azral, usahasama projek G2G itu telah lama dibincangkan di peringkat tertinggi kedua-dua negara. - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.