KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah bersumpah untuk menjadikan hidupnya menderita sekiranya beliau kembali ke Malaysia.
Jasmine Loo Ai Swan, 50 yang berada di luar negara selama lima tahun sejak sebulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berkata Jho Low telah menghantar ancaman, iaitu dia akan menggunakan segala sumber dan kuasa yang ada bagi memastikan Loo menemui pengakhiran yang dahsyat sekiranya kembali ke Malaysia.
"Seperti yang saya katakan sebelum ini, keinginan saya sememangnya mahu kembali untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa, saya tidak berniat untuk melarikan diri tetapi saya bimbang dengan situasi yang saya rasakan tidak selamat untuk saya pulang ke Malaysia.
Saya mempunyai halangan dan cabaran untuk mengatur perjalanan pulang ke Malaysia yang selamat, jadi saya lakukan apa yang saya mampu dan pendekatan pertama saya ialah menyelesaikan saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan untuk melakukan pengembalian asal," kata saksi pendakwaan ke-50 itu.
Beliau berkata ketika menjawab soalan tambahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan semasa pemeriksaan utama dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
Terdahulu, Loo berkata beliau tidak berniat untuk melarikan diri kerana dia sudah berada di Bangkok, Thailand apabila keputusan PRU14 diumumkan dan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib tewas.
"Saya diarahkan oleh Jho Low supaya kekal berada di luar negara dan tidak kembali ke Malaysia kerana beliau berkata suasana di dalam negara akan lebih menyusahkan saya dan berkata keadaan anda akan lebih teruk jika saya pulang.
Jho Low berjanji untuk menyelesaikan kekusutan itu dan akan melihat kepada keadaan sebelum menasihatkan saya ... pada asasnya dia meminta saya untuk memberikan lebih masa sebelum kembali ke Malaysia," katanya sambil menambah beliau bimbangkan keselamatan dirinya dan tidak mahu menerima nasib seperti Xavier Justo.
Loo berkata pada April 2021, peguam beliau menghantar satu representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menawarkan kerjasamanya dan mendapatkan satu laluan selamat supaya dapat kembali ke Malaysia.
Beliau juga berkata walaupun amat menyedihkan untuk bergantung kepada seseorang yang telah bersumpah untuk membuatkan hidupnya menderita tetapi dia tiada pilihan dan menerima dana yang dihantar Jho Low sepanjang berada di luar negara.
"Saya tidak bekerja pada masa itu, saya hidup dengan apa saja wang yang ada pada saya dan dari masa ke masa, mungkin dari lapan hingga sembilan bulan, Jho Low akan menghantar seseorang atau orang tidak dikenali untuk menghantar wang kepada saya, kira-kira US$2,500 untuk setahun lagi.
Saya rasa saya tiada pilihan untuk hidup kerana saya tiada sumber lain," kata Loo.
"Beliau di Jabatan Ligitasi, saya ketika itu di Jabatan Korporat. Selepas saya meninggalkan firma berkenaan saya tidak berhubung dengan hakim itu. Semalam adalah kali pertama saya melihat beliau sejak 2008," katanya.
Soalan itu dibangkitkan kepada saksi, selepas Sequerah mendedahkan beliau pernah berkhidmat dengan Loo dan ia menyebabkan peguam bela Najib memfaikan permohonan supaya hakim itu menarik diri daripada mendengan perbicaraan kes ini.
Najib, 70, yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan bersambung Jumaat ini
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
Jasmine Loo (kiri) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho or Jho Low telah bersumpah untuk menjadikan hidupnya menderita sekiranya beliau kembali ke Malaysia. - Gambar fail
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
AWANI Ringkas: Selesaikan isu bekalan air, susulan cuaca panas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [3 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
PM arah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia jalan tugas serta-merta
Siti Bainun kekal bersalah abai, aniaya Bella
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low
Bekas pengurusan kanan bank BSI mendedahkan pihak bank tidak pernah melakukan semakan untuk mengesahkan Jho Low bertindak bagi pihak Najib berkaitan hal ehwal SRC International.
Jho Low bersumpah mahu jadikan hidup saya menderita jika kembali - Jasmine Loo
Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low telah bersumpah untuk menjadikan hidupnya menderita sekiranya beliau kembali ke Malaysia.
Jho Low arah Kee Kok Tiam sediakan surat derma Arab Saudi - Jasmine Loo
Arahan itu adalah bagi menyatakan dana-dana yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma dari Arab Saudi.
Kes 1MDB: Jho Low dakwa ada bukti, bertindak atas arahan Najib - Saksi
Jasmine Loo berkata, Jho Low pernah mendakwa, sekiranya apa-apa terjadi kepadanya, dia mempunyai bukti menunjukkan semua tindakan yang dilakukan ialah mengikut permintaan Najib.
RM29.03 bilion aset 1MDB sudah dikembalikan - SPRM
Terbaharu, hasil pemulihan aset dana 1MDB yang giat dijalankan secara berterusan, SPRM berjaya memperoleh semula wang termasuk aset yang berjumlah RM23,911,460.90.
Kes 1MDB: Jasmine Loo disepina beri keterangan mulai 13 Feb
Timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, sepina itu akan dikeluarkan mulai 13 Feb nanti.