awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jho Low dan Nik Faisal diminta tampil menghubungi SPRM

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2018
05:44 MYT
Jho Low dan Nik Faisal diminta tampil menghubungi SPRM
SPRM juga memohon kerjasama orang ramai yang mengenali Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil untuk menghubungi Pejabat SPRM terdekat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta dua individu untuk menghubungi mereka dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC International Sdn Bhd, hari ini.
Dua individu terbabit ialah ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low, dan Pengarah SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, menurut kenyataan SPRM hari ini.
SPRM juga memohon kerjasama daripada orang ramai yang mengenali individu-individu terbabit untuk menghubungi mana-mana Pejabat SPRM terdekat.
Menurut kenyataan, alamat terakhir Jho Low adalah 69, Tanjung Bungah Park, Tnajung Bungah, Pulau Pinang, manakala Nik Faisal pula beralamat di No.17 & 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam, Selangor.
KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM: KES SRC INTERNATIONAL: DUA INDIVIDU PENTING DIMINTA HUBUNGI SPRM BANTU SIASATAN pic.twitter.com/jyWYMilNBu
— SPRM (@SPRMMalaysia) June 7, 2018
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan menahan Jho Low selepas semua maklumat mengenai isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diperoleh.
Muhyiddin berkata, tindakan tegas juga akan diambil di bawah undang-undang Kanun Prosedur Jenayah atau rasuah terhadap Jho Low dalam masa terdekat.
BACA: Kerajaan akan segera tangkap Jho Low - Muhyiddin
Topic Berkaitan
#1MDB
#jenayah
#Jho Low
#Nik Faisal Ariff Kamil
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan