JASIN: Sebuah gudang milik pasar raya di sini diarah tutup serta-merta selepas dikesan menyimpan stok barangan makanan yang dipenuhi dengan najis haiwan.
Dalam serbuan sekitar pukul 11 pagi itu, pasar raya tersebut turut dikesan menyimpan ayam dan ikan busuk sehingga beku selain makanan yang telah tamat tarikh luput selama empat tahun iaitu pada 2018 lalu.
Selain berbau busuk akibat najis yang bersepah, pemilik premis terbabit juga didapati seolah-olah membiarkan gudang makanan itu dijadikan sebagai tempat perlindungan haiwan dengan longgokkan najis yang dibiarkan sehingga kering dan menjijikkan.
Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, serbuan itu dilakukan selepas mendapat aduan daripada penduduk berhubung kualiti dan kebersihan produk dijual.
Rentetan itu, pihaknya kemudian mengarahkan gudang terbabit ditutup serta-merta selama 14 hari selain pemilik pasar raya terbabit juga dikompaun sebanyak RM9,500 di bawah Seksyen11 Akta Makanan 1983.
“Paling mengejutkan makanan yang dijual itu diletakkan bersama najis haiwan yang mana najis itu dibiarkan sampai kering dan perkara ini paling kita tidak boleh terima dan kompromi.
“Jadi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah mengarahkan premis ini ditutup dan sehingga pihak kami berpuas hati dengan tahap pembersihan, barulah gudang ini dibenar untuk buka semula,” katanya selepas mengetuai Ops Raya di sini, hari ini.
Kesalahan terbabit dikesan dalam Ops Raya yang dijalankan Jabatan Kesihatan Melaka di sekitar daerah Jasin hari ini.
Tegasnya, pemilik pasar raya terbabit dikesan melakukan tiga kesalahan besar melibatkan tamat tarikh luput, barangan tiada alamat pengeluar dan kehadiran makhluk perosak di dalam premis.
“Menjual produk tamat tarikh luput sejak empat tahun lalu selain masih memasarkan ayam segar yang busuk dianggap terlalu melampau yang mana 279 barangan kita sita dalam operasi di pasar raya ini.
“Jadi kepada semua pemilik premis, ini merupakan peringatan keras yang mana sekiranya kebersihan makanan tidak dijaga, notis penutupan serta-merta akan dikeluarkan,”tegasnya.
Tambahnya, dalam Ops Raya yang bermula 11 April lalu, sebanyak tujuh pasar raya di seluruh Melaka diperiksa.
Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak lima kompaun bernilai RM15,000 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain 104 jenis barangan makanan disita.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Apr 21 2022
Dua pekerja gudang sebuah gudang milik pasar raya di Jasin sedang memasukkan stok barangan makanan yang tamat tarikh luput dengan dipantau oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. - Gambar Astro AWANI
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Rakyat Gaza terpaksa pecah masuk gudang PBB
Ini menandakan rakyat Palestin telah mencapai 'tahap tekanan tertinggi'.
Letupan kuat berlaku di gudang di Tashkent, Uzbekistan
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, 16 jentera bomba telah dihantar ke lokasi kejadian.
Lelaki maut dihempap ribuan bongkah keju
Mangsa tertimbus di bawah timbunan bongkah keju selepas salah satu rak di tempat penyimpanan itu patah.
KPDN Melaka, Negeri Sembilan tumpaskan kegiatan seleweng diesel
Lima lelaki ditahan bersama 26,000 liter diesel dipercayai diseleweng yang disimpan di sebuah gudang menerusi Op Tiris di Taman Perindustrian Bukit Rambai di sini malam tadi.
Gudang Elrah Exclusive terbakar
Kemusnahan kebakaran dianggarkan 30 peratus manakala seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan mengalami sesak nafas.
Amazon berhentikan lebih 17,000 pekerja
Amazon, gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja, menurut satu laporan pada Rabu.
Jijik! Gudang simpanan stok pasar raya dipenuhi najis haiwan
Pasar raya itu juga menyimpan ayam dan ikan busuk sehingga beku selain makanan yang telah tamat tarikh luput selama empat tahun.
Tiga beranak maut tertimbus pakaian di Indonesia
Mangsa merupakan pasangan suami isteri berusia 42 dan 33 serta anak lelaki mereka yang berusia enam tahun.
Gudang barangan elektrik musnah dijilat api
Peratusan kemusnahan dianggarkan lebih kurang 70 peratus daripada keseluruhan bangunan terbabit.
Pemandu maut kontena rempuh pondok kawalan
Kenderaan berat yang dipandu mangsa gagal dikawal lalu merempuh sebuah pondok kawalan di sebuah gudang di Taman Perindustrian, Bukit Kayu Hitam.