Sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak menjadi kenyataan, Malaysia akan meneroka opsyen sedia ada termasuk rundingan dua hala Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan negara lain.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini termasuk bersama anggota TTPA yang kini belum ada sebarang pakatan perdagangan dengan Putrajaya.
Daripada 12 anggota TPPA, Malaysia tidak mempunyai FTA dengan Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.
"Tumpuan kami kini ialah ke atas Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang membabitkan 10 anggota ASEAN dan enam rakan dagang utama di Asia Pasifik termasuk China," katanya dalam satu kenyataan mengenai status semasa TPPA.
Beliau berkata pada mesyuarat peringkat menteri terakhir di Cebu, Filipina, beberapa kemajuan dicapai dalam merapatkan jurang ke atas isu utama bagi barangan, perkhidmatan dan pelaburan.
"Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini mendorong dan memperkukuh keazaman negara RCEP, yang merupakan antara negara yang paling pesat berkembang di dunia, untuk terus bekerja rapat dalam memuktamadkan perjanjian perdagangan ini," katanya.
Beliau berkata anggota TPPA akan bertemu di Lima, Peru, minggu depan menjelang Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik, bagi membincangkan perkembangan terbaru ini.
"Kami berharap untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kedudukan TPPA pada perbincangan itu. Malaysia akan terus memantau perkembangan TPPA di bawah kepimpinan Presiden US yang baharu," kata Mustapa.
Pentadbiran AS di bawah Presiden Barack Obama baru-baru ini menyatakan bahawa beliau akan melaksanakan segala usaha dalam bidang kuasanya untuk mendapatkan Kongres meluluskan TPPA.
Memandangkan pengesahan perjanjian itu melibatkan proses perundangan, kini terpulang kepada Kongres untuk memutuskan tindakan seterusnya.
"Kami sedar bahawa pemimpin Kongres dilihat tidak berminat untuk membentangkan rang undang-undang (TPPA) pada sesi terkini. Nasib TPPA kini bergantung kepada sama ada Presiden baharu akan mengesahkan perjanjian itu.
"Jika US memutuskan tidak mengesahkan TPPA, Malaysia akan mengadakan perbincangan dengan anggota lain mengenai tindakan seterusnya," kata Mustapa.
Perjanjian itu memerlukan pengesahan sekurang-kurangnya enam negara atau 85 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 12 negara, untuk menguatkuasakannya.
KDNK Amerika Syarikat sahaja menyumbang kira-kira 60 peratus daripada jumlah KDNK anggota TPPA.
Oleh itu, TPPA tidak akan menjadi kenyataan tanpa Amerika Syarikat.
"Sekiranya Amerika Syarikat menarik diri daripada TPPA, ini bermakna perjanjian itu tidak boleh dikuatkuasakan.
"Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka dan pasaran domestik yang terhad, Malaysia akan terus mendapatkan akses pasaran yang lebih besar melalui aturan perdagangan keutamaan bersama negara yang Malaysia belum mempunyai FTA," kata Mustapa.
Beliau juga berkata ketika pemulihan ekonomi kini lemah dan tahap pertumbuhan perdagangan global pada paras terendah dalam tempoh tiga dekad, wujud trend perlindungan dan sentimen domestik dalam kalangan beberapa negara.
"Masyarkat global sepatutnya terus mengadakan dialog dan pembabitan terbuka untuk menghentikan trend ini yang boleh menjurus kepada dasar yang tidak wajar yang akan menjejaskan pertumbuhan perdagangan dunia," katanya.
Pertumbuhan dalam perdagangan dunia merupakan antara pemacu utama kemakmuran di seluruh dunia selama beberapa dekad sehingga Krisis Kewangan Global 2007/08. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 15 2016
MUSTAPA: Sebagai sebuah negara perdagangan terbuka dan pasaran domestik yang terhad, Malaysia akan terus mendapatkan akses pasaran yang lebih besar melalui aturan perdagangan keutamaan bersama negara yang Malaysia belum mempunyai FTA. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria