awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIM akan memudahkan proses permohonan pas pelabur

Bernama
Bernama
25/03/2025
08:30 MYT
JIM akan memudahkan proses permohonan pas pelabur
Zakaria berkata ia termasuk sokongan oleh agensi pelaburan, proses semakan, kelulusan dan cetakan pas pelabur secara dalam talian melalui proses hujung ke hujung (E2E). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) akan memudahkan proses permohonan Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang) Untuk Pelawat Perniagaan Atau Pelabur Asing (Pas Pelabur) yang berkuat kuasa pada 1 April ini, kata Ketua Pengarah Datuk Zakaria Shaaban.
Beliau berkata ia termasuk sokongan oleh agensi pelaburan, proses semakan, kelulusan dan cetakan pas pelabur secara dalam talian melalui proses hujung ke hujung (E2E).
"Kemudahan ini dijangka menyokong dan meningkatkan rangsangan kepada ekosistem pelaburan di negara ini, di samping mengekalkan semakan keselamatan terhadap bakal pelabur," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zakaria berkata kemudahan itu akan membolehkan pelawat perniagaan dan pelabur asing dibenarkan berada di Malaysia dalam tempoh enam bulan dan boleh dilanjutkan sehingga enam bulan lagi, tertakluk kepada justifikasi dan keperluan pemohon, selain kemudahan visa berbilang kemasukan (MEV) turut diberikan kepada pemegang pas berkenaan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada 6 Mac lepas mengumumkan pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini, bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan dan pelaburan masing-masing.
Saifuddin Nasution berkata pas khas itu akan dikeluarkan melalui kaedah single window bagi memudahkan kemasukan golongan itu, dengan proses pengeluaran dilakukan secara elektronik.
Sebarang maklumat berkaitan perkara ini boleh diperoleh melalui pautan laman sesawang Bahagian Khidmat Ekspatriat, Jabatan Imigresen Malaysia https://esd.imi.gov.my/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JIM
#Pas Pelabur
#Zakaria Shaaban
#KP imigresen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan