awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIM Sabah hantar pulang 670 warga FIlipina ke negara asal melalui Sandakan

Bernama
Bernama
11/04/2025
13:30 MYT
JIM Sabah hantar pulang 670 warga FIlipina ke negara asal melalui Sandakan
Sh Sitti Saleha berkata sejak awal tahun hingga hari ini, Jabatan Imigresen Sabah merekodkan penghantaran pulang 3,370 warga Filipina ke negara asal. - Gambar JIM Sabah
SANDAKAN: Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menghantar pulang 670 pendatang tanpa izin warga Filipina ke negara asal melalui Pelabuhan Sandakan di sini, semalam.
Pengarahnya Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata proses itu melibatkan tahanan di Depot Imigresen Sandakan serta Kota Kinabalu, yang terdiri daripada 536 lelaki, 89 wanita, 21 kanak-kanak lelaki dan 24 kanak-kanak perempuan berumur setahun hingga 79 tahun.
"Kesemua tahanan yang dipindahkan dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) serta 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa pas atau permit sah selain tinggal lebih masa.
"Kesemua mereka juga telah selesai menjalani hukuman penjara dan diperuntukkan proses pemindahan ke negara asal setelah lengkap dokumen perjalanan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata proses penghantaran itu juga mendapat kerjasama daripada Kedutaan Filipina yang mengeluarkan dokumen perjalanan kepada kesemua tahanan berkenaan bagi penghantaran pulang ke Zamboanga City, Filipina.
Sh Sitti Saleha berkata sejak awal tahun hingga hari ini, Jabatan Imigresen Sabah merekodkan penghantaran pulang 3,370 warga Filipina ke negara asal, dan kesemua tahanan terlibat itu akan disenaraihitamkan dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia berdasarkan kesalahan dilakukan.
Beliau berkata tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis yang menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan serta pas sah, serta individu yang melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#pendatang tanpa izin
#pemilik premis
#dokumen perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan