awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jiran bantu alih kereta guna jengkaut, selamatkan rumah daripada hangus

Sinar Harian
Sinar Harian
21/03/2022
23:00 MYT
Jiran bantu alih kereta guna jengkaut, selamatkan rumah daripada hangus
Tindakan seorang lelaki menggunakan jengkaut mengalihkan kereta jirannya yang terbakar berjaya mengelakkan api merebak ke bahagian rumah dalam kejadian di Kampung Kubu Gajah di sini pada Isnin. -Foto Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Tindakan pantas seorang lelaki yang menggunakan jengkaut untuk mengalihkan kereta sedang terbakar di dalam garaj rumah jirannya berjaya mengelakkan api merebak ke rumah berkenaan dalam kejadian di Kampung Kubu Gajah di sini pada Isnin.
Menurut sumber, lelaki berkenaan merupakan jiran kepada mangsa.
"Saya difahamkan mangsa tidak menyedari keretanya terbakar dan apabila tengok keadaan keretanya dia minta bantuan jiran-jiran.
"Jadi jiran-jiran sekeliling tolong alihkan kereta tersebut.
"Mujur ada jiran yang ada jengkaut, jadi kami gunakan jengkaut untuk alihkan kereta, bimbang kebakaran daripada kereta tersebut merebak ke bahagian rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2 petang.
"Seramai tujuh anggota bomba dar Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 2.26 petang.
"Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva.
"Kebakaran sebelum itu merebak sedikit ke bahagian garaj dan bahagian hadapan sebuah rumah," katanya.
Beliau berkata, kejadian tersebut bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.
"Anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#Perodua Viva
#jiran guna jengkaut
#selamatkan rumah terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan