NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' bagi memastikan usaha membanteras penyeludupan dadah di negara ini lebih efektif.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata pihaknya akan menerima anjing pengesan iaitu jenis Labrador dan German Shepherd melibatkan kos RM1.9 juta, Jun ini.
"Ketika ini Kastam mempunyai 20 anjing pengesan dadah, perolehan baharu ini juga 20 ekor akan diletakkan di setiap negeri. Bagi kos mesin backscatter itu saya tidak mempunyai maklumat terperinci.
"Kita juga sedang mengkaji sistem pengesan diguna pakai seperti di Korea Selatan kerana di sana ada sistem saringan canggih dan kita harap sistem digunakan itu nanti ialah mesin pengimbas yang mempunyai keupayaan kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan dadah," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Kastam, di sini hari ini.
Beliau menjelaskan menerusi sistem imbasan digunakan di Korea Selatan itu, semua bungkusan disaring dan imej itu dihantar kepada kumpulan pegawai kastam yang bertugas dalam bilik kawalan.
Menurutnya kira-kira 20 pegawai kastam yang berada dalam bilik kawalan itu akan mengenal pasti imej barangan dihantar daripada kurier melalui skrin disediakan dan sekiranya terdapat barangan mencurigakan, syarikat kurier terbabit akan dipanggil untuk pemeriksaan lanjut barangan tersebut.
Dalam pada itu Sazali berkata bagi suku pertama tahun ini, JKDM merekodkan rampasan 139 kes narkotik bernilai RM29.556 juta melibatkan lima jenis komoditi narkotik dan perkhidmatan kurier merekodkan 73 peratus daripada jumlah perolehan kes.
Beliau berkata rampasan melibatkan 27 kes Methaphetamine dengan nilai RM27 juta selain lima kes heroin, tujuh kes ekstasi, 56 kes ganja dan dua kes ketamin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Datuk Sazali Mohamad berkata pihaknya akan menerima anjing pengesan iaitu jenis Labrador dan German Shepherd melibatkan kos RM1.9 juta, Jun ini. - Gambar fail
Permodalan pasaran Bursa Malaysia, FBM KLCI capai satu lagi paras tertinggi
Permodalan pasaran keseluruhan Bursa Malaysia dan dagangan indeks barometer mencapai satu lagi paras tertinggi setakat ini bagi tahun ini.
Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka
Monsun barat daya secara beransur-ansur sedang terbentuk di negara itu, dan keadaan hujan serta berangin yang berterusan akan berlanjutan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Mohd Hasif masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lalu, masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'
Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki hantar komunikasi seksual
Mahkamah Masjitret di sini, pada Selasa, menolak pengakuan bersalah seorang warga Indonesia yang dituduh berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun.
Pantau Agenda Reformasi: Implikasi permohonan waran tangkap ICC terhadap PM Israel
Apa yang perlu kita fahami tentang implikasi tindakan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang memohon waran tangkap terhadap pemimpin tertinggi Israel dan Hamas berhubung konflik berdarah di wilayah Palestin sejak 7 Oktober tahun lalu?
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad, Pakar Perundangan dan Hak Asasi Manusia UiTM ada perinciannya.
Niaga AWANI: China konsisten alu-alukan pelaburan asing
Bank Pembangunan Asia meramalkan bahawa China akan menyumbang 46 peratus kepada pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun di Asia pada tahun ini dan tahun depan.
Niaga AWANI: Samsung Electronics pilih eksekutif veteran, tangani krisis cip
Samsung melantik Young Hyun Jun, berkuat kuasa serta-merta, memindahkannya daripada peranan sebagai ketua unit perancangan perniagaan masa depan.
Niaga AWANI: Kenanga kekalkan unjuran pertumbuhan pada 9.4 peratus tahun ini
Ia kebanyakannya disebabkan oleh jangkaan kitaran naik teknologi dan pemulihan ekonomi China, disokong oleh rangsangan berterusan daripada kerajaan China.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Kastam tumpas cubaan seludup daging anak babi lebih RM1 juta
JKDM Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup daging anak babi sejuk beku bernilai RM1.04 juta di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mei lalu.
Kastam Terengganu rampas barangan bernilai hampir RM1 juta setakat April
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai barangan bernilai RM947,651.54, yang cuba diseludup masuk ke dalam dan keluar dari negeri itu, dari Januari hingga April tahun ini.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Kastam rampas Range Rover bernilai hampir RM2 juta tiada AP
JKDM Zon Tengah menyita sebuah kereta mewah jenis Land Rover Range Rover SV Auto yang tidak mempunyai permit import (AP) dianggarkan bernilai hampir RM2 juta.
Kurma dari Israel: Matahari mohon maaf, akui terlepas pandang
Matahari mengakui terlepas pandang berhubung asal usul produk itu semasa proses pelabelan.
DBKL tutup serta-merta pusat hiburan
Premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
Kastam Johor rampas rokok keretek, putih seludup bernilai RM1 juta
JKDM Johor merampas 2.35 juta batang rokok keretek dan putih dipercayai diseludup bernilai RM1 juta dalam serbuan di sebuah kedai di Shah Alam, Selangor pada 9 Jan lepas.
Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi
JKDM Perlis merampas sembilan motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM1.13 juta termasuk cukai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, 16 Jan lepas.