awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Demi Sebuah Rindu': Ruang jujur Didie Shazry berkongsi emosi
Ramadan Sobhi, rakan senegara Mo Salah dihukum penjara
EPL: Leeds sekat kemenangan Liverpool pada aksi tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi

Bernama
Bernama
20/02/2024
11:47 MYT
Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi
Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim menunjukkan motosikal berkuasa tinggi yang dirampas, pada sidang media hari ini. - Foto BERNAMA
PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas sembilan motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM1.13 juta termasuk cukai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, 16 Jan lepas.
Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata motosikal tanpa nombor pendaftaran yang cuba dibawa masuk menggunakan sebuah kenderaan pengangkutan itu dirampas hasil pemeriksaan di lorong masuk ICQS itu kira-kira 5 petang.
"Hasil pemeriksaan, kesemua motosikal antaranya model Honda CBR 1000RR, BMW S1000RR, Yamaha R1, Aprilia RSV4 dan M V Agusta itu didapati tidak mempunyai sebarang dokumen pembayaran cukai atau permit import yang sah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun dipercayai wakil syarikat pengangkutan yang membawa masuk motosikal itu bagi siasatan lanjut sebelum dilepaskan dengan jaminan kastam sebanyak RM2,000.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 133(1)(f) Akta Kastam 1967.
Sementara itu, Ismail berkata pihaknya juga berjaya menyita enam kenderaan bernombor pendaftaran Thailand yang melibatkan enam kes di lokasi berbeza sekitar Kedah dan Perlis sepanjang Januari hingga 13 Feb lepas.
"Anggaran nilai rampasan ialah RM255,000 dan anggaran duti dan cukai terlibat sebanyak RM387,535. Daripada enam kes itu, satu kes melibatkan tangkapan terhadap seorang lelaki warga Thailand.
"Hasil siasatan awal mendapati beberapa kenderaan berkenaan tidak mempunyai Permit ICP (Permit Edaran Antarabangsa) dan terdapat kenderaan yang telah tamat tempoh ICP," katanya menambah kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kastam Perlis
#rampas
#motosikal berkuasa tinggi
#JKDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan