awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM Pahang rampas minuman keras bernilai lebih RM850,000

Bernama
Bernama
25/09/2024
13:44 MYT
JKDM Pahang rampas minuman keras bernilai lebih RM850,000
Mohd Asri (tengah) bercakap pada sidang media di Wisma JKDM Pahang hari ini berhubung rampasan minuman keras. - Gambar Bernama
KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya merampas pelbagai jenis dan jenama minuman keras bernilai lebih RM850,000 termasuk cukai dan duti sejak Januari hingga September tahun ini.
Pengarah berkenaan Mohd Asri Seman berkata jumlah keseluruhan rampasan minuman keras itu ialah sebanyak 13,557.07 liter.
"Anggaran keseluruhan nilai minuman keras dirampas ialah RM217,741.71 yang membabitkan cukai dan duti berjumlah RM638,216.17.
"Susulan rampasan dilakukan, sebanyak 25 kertas siasatan telah dibuka dengan seramai 14 individu yang merupakan warga tempatan dan asing berusia antara 20-an hingga 40-an turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Wisma Kastam, Jalan Besar di sini hari ini.
Mohd Asri berkata daripada bilangan itu, tiga telah dituduh di mahkamah dengan seorang telah dijatuhkan hukuman manakala dua lagi sedang dibicarakan.
"Modus operandi kes terlibat ialah sindiket didapati menggunakan pelbagai kaedah seperti premis perniagaan, premis kediaman, gudang, kenderaan persendirian untuk tujuan pengedaran minuman keras terbabit," katanya.
Dalam hal berkaitan, Mohd Asri berkata Bahagian Penguatkuasaan JKDM Pahang berjaya merampas pelbagai jenis dan jenama minuman keras berjumlah 1,671.84 liter dengan keseluruhan nilai rampasan, RM34,941.46 termasuk cukai dan duti dalam satu serbuan di sebuah gudang di sini pada 4 Sept lepas.
Beliau berkata ketika serbuan, hanya terdapat minuman keras di dalam premis tanpa sebarang individu dan pihaknya sedang mengesan pemilik gudang berkenaan bagi tindakan lanjut.
"Kita masih siasat dari mana minuman keras ini diperolehi dan ia mungkin diletakkan di situ sebelum diambil pihak sindiket untuk dijual," katanya.
Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976, tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kastam 1967
#sindiket
#minuman keras
#tindakan lanjut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan