awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKDM Sarikei rampas rokok, minuman keras tidak berkastam bernilai RM7.28 juta

Bernama
Bernama
12/01/2026
15:00 MYT
JKDM Sarikei rampas rokok, minuman keras tidak berkastam bernilai RM7.28 juta
Norizan, berkata rampasan itu melibatkan 6,766,400 batang rokok dan 89,416.80 liter minuman keras pelbagai jenama yang disyaki disimpan tanpa kelulusan kastam. - Gambar JKDM Sarikei
SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarikei berjaya merampas rokok dan minuman keras tidak berkastam bernilai keseluruhan RM7,288,455.05 dalam satu serbuan di sebuah rumah di sini bulan lalu.

Ringkasan AI
  • JKDM Sarikei merampas rokok dan minuman keras tidak berkastam bernilai RM7,288,455.05 dalam serbuan terbaru.
  • Serbuan melibatkan 6,766,400 batang rokok dan 89,416.80 liter minuman keras pelbagai jenama tanpa kelulusan kastam.
  • Nilai sitaan rokok dan minuman keras tersebut ialah RM1,209,043.20 dengan jumlah duti import dan cukai RM6,079,411.85; kes masih dalam siasatan.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Datuk Norizan Yahya, berkata rampasan itu melibatkan 6,766,400 batang rokok dan 89,416.80 liter minuman keras pelbagai jenama yang disyaki disimpan tanpa kelulusan kastam.
"Serbuan dijalankan pada 19 Dis 2025 pada 9.15 malam hasil maklumat risikan Ibu Pejabat, oleh sepasukan pegawai dari Unit Operasi Darat, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sarikei," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pemeriksaan di premis beralamat di Lorong Rantau Panjang Jaya 3H menemukan barangan yang disyaki sebagai barang larangan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
Nilai sitaan bagi rokok dan minuman keras tersebut dianggarkan sebanyak RM1,209,043.20, manakala jumlah duti import dan cukai terlibat pula dianggarkan sebanyak RM6,079,411.85.
Beliau berkata kes itu kini masih dalam siasatan dan modus operandi yang digunakan ialah dengan menyimpan rokok serta minuman keras tidak berkastam di premis kediaman bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan atau memiliki barang tidak berkastam atau larangan import.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kastam 1967
#minuman keras
#larangan import
#pihak berkuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan