awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKKP keluar notis henti kerja susulan pekerja maut jatuh dari bumbung

Bernama
Bernama
01/09/2021
11:00 MYT
JKKP keluar notis henti kerja susulan pekerja maut jatuh dari bumbung
JKKP Selangor akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. - Foto Fecebook DOSH Selangor
SHAH ALAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan notis larangan bagi menghentikan aktiviti kerja membaik pulih bumbung kilang besi di Taman Perindustrian Bukit Raja, Klang, berikutan satu insiden yang mengakibatkan seorang pekerja meninggal dunia di tempat kejadian Isnin lepas.
Pejabat Pengarah JKKP Selangor dalam kenyataan berkata pihaknya telah mengarahkan sepasukan pegawai penyiasat menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Menurutnya JKKP Selangor akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
"Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas sebarang aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu keadaan bahaya di tempat kerja, membuat penilaian risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja memulakan kerja.
"Ini bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelak berlakunya kemalangan," menurut kenyataan itu.
JKKP Selangor berkata kemalangan boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam garis panduan bagi Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang Isnin lepas seorang pekerja am berumur 22 tahun terjatuh dari ketinggian 12 meter semasa sedang melakukan kerja-kerja membaik pulih bumbung bersama dengan tiga rakannya, dan meninggal dunia di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKKP
#DOSH
#jatuh bumbung
#notis henti kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan